Masjid Tengku Menteri sekali ditenggelami air,hasil limpahan air Sungai Larut.
Ustaz Nordin di hadapan SJK C Kheah Wah,Teluk Kertang.
Ustaz Nordin Jaafar bersama Pak Awang,rumahnya terlibat dengan banjir kilat,di Kampung Jelapang.
Rumah peduduk yang terlibat dengan banjir,di Teluk Kertang.
Hujan lebat yang berterusan menyebabkan Sungai Larut melimpahi Kg Jelapang,Matang,Teluk Kertang dan Simpang Halt dalam Dun Kuala Sapetang.
Air pasang bersama hujan lebat menyebabkan rumah penduduk ditenggelami air.
YDP Pas Bukit Gantang dan pasukan Pas Kawasan dan Pegawai Hj Nizar,Sdr Fadhil memantau perkembangan banjir.
"Kita telah dan akan berhubung dengan JPS,JKM dan Pejabat Daerah untuk meringankan masalah mereka yang terlibat" kata Fadhil Idris.
"Buat sementara ini kita akan membekalkan mereka dengan makan tengahari",kata Fadhil Idris.
DS Nizar yang berada di Bagan Pinang untuk membantu jentera Pas,memberi arahan supaya pegawai beliau mengambil tindakan segera membantu penduduk tanpa mengira ideologi politik mereka.
"Bantu mereka,sila hubung JPS,JKM dan Pejabat Daerah." kata Nizar,dalam SMS beliau.
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment