http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Gempar! Nama PAS dibusukkan di Bagan Pinang?

Posted by Love Perak | Saturday, October 10, 2009 | 0 comments »

Sidang Media tergempar oleh Salahuddin bagi menjelaskan beberapa pekara yang mugkin akan dilaklukan oleh pihak tertentu bagi merosakkan imej PAS dan menimbulkan suasana tegang


Sidang Media tergempar oleh Salahuddin bagi menjelaskan beberapa pekara yang mugkin akan dilaklukan oleh pihak tertentu bagi merosakkan imej PAS dan menimbulkan suasana tegang di Bagan Pinang



P1010442

Maklumat terkini yang kita perolehi..



Kita mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa pada bila-bila masa sahaja dari sekarang satu perarakan besar-besaran akan dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang akan menggunakan jenama PAS bertujuan menimbulkan suasana tegang bagi memprovokasi suasana Harmoni di Bagan Pinang.PAS dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa perarakan ini bukan daripada ahli PAS .Dan PAS awal-awal lagi telah membuat laporan polis di IPD Telik Kemang bagi menafikan pekara ini- maklumat ini daripada jentera UMNO sendiri – Salahudin Ayub



Pertarungan diantara Maruah dan rasuah .Pilih ISA bermakna menjual maruah. Pilih Calon PAS bermakna pertahankan maruah kita yang mahukan pemimpin yang tidak mengamalkan rasuah- Mahfuz



Kita patut mengambil iktibar daripada EGM MCA pada hari ini yang memperlihatkan integriti dengan menolak kedua-dua pemimpin yang rasuah dan moral.Pekara ini patut dicontohi oleh pengundi-pengundi di Bagan Pinang yang berbilang kaum yang akan membuang undi esok- Mahfuz



Surat palsu menggunakan letterhead Dewan Pemuda PAS Pusat kononnya Ketua Pemuda PAS telah memohon maaf atas semua “keterlanjuran” yang berlaku dan permintaan maaf itu dilakukan atas desakan DAP juga kemungkinan besar akan turut disebarkan kepada orang ramai pada malam ini atau awal pagi esok



PAS secara tegas menafikan penglibatannya dalam kedua dua insiden tersebut.



Ketua Pemuda PAS Pusat menafikan penglibatan beliau dan Dewan Pemuda PAS Pusat dengan surat tersebut dan itu adalah surat palsu yang bertujuan memfitnah PAS. – Ustaz Nasrudin Tantawi

0 comments