Pertama sekali, kita terima kekalahan ini dengan senyuman. kita kalah pertempuran ini, tidak bermakna kita kalah dalam peperangan. Insyaallah PRK selepas ini kita akan meletup semula. Ah, pasti selepas ini setiap hari semua media pencacai umno akan mengutuk habis-habisan dan berkata PR sudah lagi tidak diterima rakyat. Wahai UMNO, anda hanya kuat dengan sokongan tentera.
Pada pendapat saya, banyak hikmahnya PR kalah di Bagan Pinang. Pertama, hal ini akan menyedarkan PR supaya tidak terus bermimpi sudah kuat dan terus berusaha keras serta bertawakkal untuk lebih kuat selepas ini. PAS juga perlu lebih berhati-hati kerana PAS mempunyai banyak isu terutamanya di Selangor.
Yang ke dua, setelah PR kalah di Bagan Pinang, harapan untuk DUN Perak dibubarkan sangatlah cerah. Saya mencabar UMNO, jikalau anda rasa anda sudah kembali kuat, ayuh bubarkan segera DUN Perak! - LovePerak
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment