http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Ketuanan Melayu vs Ketuanan Rakyat

Posted by Love Perak | Sunday, October 18, 2009 | 0 comments »

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan UMNO melakukan pindaan perlembagaan parti semata-mata untuk kelangsungan hidup parti tersebut dan BN.

Menurutnya, ia dibuat untuk memberi gambaran kepada rakyat bahawa UMNO bersungguh-sungguh mahu membanteras politik wang sedangkan perkara lain seperti sistem kehakiman, polis dan media langsung tidak berubah.

“Walaupun mereka menukar polisi dan agenda parti mereka, bagaimana pula dengan sistem-sistem yang dikawal oleh UMNO-BN, semua ketua adalah dari muka-muka lama, contohnya seperti Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) yang dilantik semula, jadi perubahan apa yang mereka cakapkan?

“Oleh itu mereka sanggup buat apa sahaja demi kelangsungan hidup UMNO, kelangsungan hidup pemimpin-pemimpin UMNO dan memanjangkan sedikit riwayat hidup mereka,” katanya.

So, now who's the real traitor?
Selain itu, beliau turut menjelaskan UMNO sanggup melakukan perubahan tersebut kerana perjuangan rakyat yang dibawa oleh PKR dan PR selama ini telah menggerunkan mereka.

“Antara ketuanan Melayu dengan ketuanan rakyat, saya berdiri di sebelah ketuanan rakyat kerana perjuangan ini lebih besar maknanya.

0 comments