Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam semalam, mengalami kecederaan tisu lembut selepas didakwa ditumbuk penyokong parti pembangkang semalam.
Abdul Azeez berkata beliau dimasukkan ke HKL selepas muntah-muntah dan pitam di rumahnya di Subang Jaya sekembalinya dari pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, Negeri Sembilan.
"Selepas solat Maghrib, saya rasa nak pengsan, pitam, saya muntah. Bila saya kata sakit dan doktor periksa tekanan darah saya 165/95. Saya tiada... saya tak pernah ada tekanan darah tinggi sebelum ini," katanya kepada pemberita di HKL hari ini.
Abdul Azeez berkata hasil pemeriksaan x-ray hari ini mendapati tulang lehernya dalam keadaan baik dan tidak retak.
Beliau berkata ini adalah kali pertama beliau dicederakan sepanjang membantu kempen 11 pilihan raya kecil sebelum ini.
Turut melawat Abdul Azeez adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sama-sama berjalan dengan beliau ke pusat penamaan calon semalam.
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment