http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Minyak RON95 Merosakkan Kereta!

Posted by Love Perak | Thursday, October 08, 2009 | 1 comments »



Pengguna-pengguna yang selama ini mengisi minyak motokar di stesen-stesen Petronas mulai mempertikaikan mengapa hanya petrol Ron 95 dijual di stesen syarikat petroleum negara itu dan tidak Ron 97 sedangkan minyak gred tersebut dijual di stesen-stesen lain lain.

Ini menyebabkan kebimbangan kepada pelanggan Petronas kerana menurut mereka Ron 95 ialah minyak “merah” yang tidak sesuai untuk kereta-kereta yang agak baru kerana selama ini mereka menggunakan minyak “hijau” iaitu Ron 97.

Mereka juga mendakwa, sejak mereka menggunakan Ron 95 banyak kereta mereka mengalami masalah semput-semput dan kerosakan enjin sehingga terpaksa meninggalkan stesen Petronas dan memilih stesen berjenama lain.

Dengan keadaan demikian ada yang berpendapat ada pihak yang cuba mensabotaj Petronas bagi mengurangkan jualan syarikat berkenaan dalam jangka masa panjang.

Ada juga yang berpendapat kemungkinan itu satu usaha untuk menjual minyak “merah’ yang selama ini tidak menjadi pilihan pengguna dan stok lama “dikitar semula” bagi menjualnya.

Penggredan minyak petrol Ron 97 dan Ron 95 bermula sebelum puasa lalu apabila kerajaan menaikkan harga minyak kerana tidak tahan lagi menanggung subsidi kepada rakyat.

Ron 97 ialah petrol hijau yang sesuai dengan kenderaan yang agak baru sementara Ron 95 petrol merah yang sesuai untuk enjin berusia kereta lebih 15 tahun ke atas.

Malangnya stesen Petronas hanya menjual Ron 95 sedangkan stesen lain seperti Shell, Esso, Caltex dan BP menjual Ron 97 dan Ron 95.

1 comments

  1. Stone525i // November 5, 2009 at 9:12 PM  

    Salam tuan.

    Minyak merah minyak kuning minyak hijau adalah 3 jenis minyak berlainan. Merah RON92, Kuning RON95 dan Hijau RON 97.
    Saya tak setuju kenyataan ini "Ron 95 petrol merah yang sesuai untuk enjin berusia kereta lebih 15 tahun ke atas". ... Tiada ninyak merah yang masih terjual distesen PETRONAS. Yang dijual hanya minyak kuning (RON95) dan Hijau (RON(97). Dan lagi, kereta saya BMW525i TELAH MENGGUNAKAN MINYAK RON95 sejak hari pelancaran hingga ke hari ini TANPA ADA SEBARANG MASALAH. Harap dapat perbetul kenyataan tuan.