Menurut wakil kami di Bagan Pinang, hujan telah mula turun. Penyokong calon Pakatan Rakyat (Pakatan) melebihi penyokong calon Barisan Nasional.
Sebentar tadi, Calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkifly Mohd Omar masuk ke pusat penamaan calon. Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid belum kelihatan.
Penyokong Pakatan kira-kira 10 ribu orang setia menunggu walau cuaca hujan begitu juga dengan penyokong BN seramai 4 - 5 ribu orang.
Para penyokong dan calon terpaksa berjalan jauh ke pusat penamaan calon.
Speaker DUN Perak V Sivakumar baru sahaja tiba.
Sementara itu, Shahruddin Abdul Hamid perlukan pencadang baru, kerana pencadangnya berasal daripada luar B/Pinang. Beliau sedang mencari pencadang dari kalangan penduduk tempatan.
Tempoh penyerahan borang penamaan calon tamat. Sekarang borang pencalonan sedang dipamerkan sehingga jam 11 nanti untuk bantahan.
Hanya dua borang pencalonan diserahkan, iaitu satu dari BN dan satu dari PAS. Keadaan ini mungkin akan menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara calon BN dan calon Pas.
0 comments
Post a Comment