Daripada Blog Azmin Ali
Apa signifikan keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang diumumkan semalam ? UMNO semakin selesa dan perlu kekal dalam ‘form’ yang sedia ada ( jasad dan ruhnya ) sebagai pengamal rasuah yang dominan di Malaysia.
UMNO juga tidak perlu sebarang transformasi. Justeru itu, UMNO tidak memerlukan Perhimpunan Agung Khas ( EGM ) untuk meminda perlembagaan bagi membendung gejala dan amalan rasuah yang sudah menjadi barah dalam institusi politik perkauman sempit di Malaysia. Malahan, sebarang usaha untuk melakukan transformasi dalam UMNO adalah usaha yang sia-sia kerana sekurang-kurang pengundi di Bagan Pinang amat selesa dengan UMNO dan pemimpin UMNO yang rasuah.
Dunia hari ini mendapat jawapan yang jelas bahawa UMNO menghalalkan rasuah dan rakyat Malaysia ( atau sekurang-kurangnya pengundi-pengundi di Bagan Pinang ) mendewa-dewakan Sang Perasuah.
UMNO perlu membuat persiapan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 dengan menonjolkan barisan calon-calon UMNO di kalangan perasuah kerana itulah cita rasa rakyat Malaysia.
Catatan ringkas di atas bukanlah untuk menghukum rakyat Malaysia secara membuta tuli tetapi itulah persepsi dunia hari ini dan juga rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran. Keputusan Bagan Pinang pastinya akan meletakkan Malaysia di peta dunia di kalangan negara-negara yang rosak nilai dan moral anak bangsanya.
Mengambil lirik lagu rasmi UMNO : “UMNO terus mara, untuk rakyat Malaysia”.
AZMIN ALI
0 comments
Post a Comment