"SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini menyampaikan takziah dan simpati kepada keluarga yang terbabit dalam bencana gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.
Kerajaan negeri amat terkejut dan terkilan dengan kematian dan kemusnahan yang disebabkan oleh gempa bumi itu. Bagaimanapun kerajaan negeri berasa lega bahawa tiada kematian atau kecederaan di kalangan warga Malaysia di Padang.
Hari ini kerajaan negeri menubuhkan satu misi kemanusiaan untuk memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia dan menyediakan bantuan kewangan sejumlah RM500,000.
Misi khas tersebut akan menghantar ubat-ubatan, makanan, khemah dan keperluan lain ke Padang dalam masa tersingkat."
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment