http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Zambry kini Hero Anti-Rasuah kah kah kah

Posted by Love Perak | Friday, October 16, 2009 | 0 comments »

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar Menteri Besar BN Perak, Datuk seri Dr. Zambry Abdul Kadir berdebat dengan Menteri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berhubung tuduhan beliau bahawa PAS melakukan rasuah.

Ketua Pemuda DPPN Pk dalam satu kenyataannya juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan Zambry bahawa beliau mempunyai bukti bahawa PAS telah melakukan rasuah.

“DPPN Perak mencabar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir membuktikan tuduhan beliau bahawa PAS melakukan rasuah sepertimana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini.”katanya.

“Kami menyediakan pentas untuk Zambry bagi berdebat isu rasuah bersama Nizar jika beliau benar-benar berani dan mempunyai bukti. “

DPPN PK turut meminta Zambry mengemukakan bukti mengenai tuduhan beliau kononnya PAS terlibat dengan rasuah sewaktu memerintah negeri itu.


mak aih..kalo betol la berita ni...mesti beratus2 sprm dan polis sudah tangkap sapa yang rasuah tu...setakat pok pek dekat media semua orang boleh...dey zambry...kalo berani mai debat la. tengok berani berdepan dengan DS Nizar ke tak!!!

0 comments