http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Dari Blog Pro UMNO - 4 Ahli Parlimen Akan Masuk PR?

Posted by Love Perak | Saturday, July 04, 2009 | 0 comments »

Image

Yb Dato Ismail Kassim ( MP Arau), Yb Dato Abdul Rahman Bakri ( MP Sabak Bernam), Yb Dato Mohd Sirat ( MP Bukit Katil) dan Yb Dato Nasir Ibrahim Fikri ( MP Kuala Nerus) akan menyeberang?

ANWAR Ibrahim dan kumpulannya buat hal lagi. Demokrasi berhemah tidak dihiraukan lagi. Kuasa di buru biar matlamat menghalalkan cara. Tidak serik dengan kegagalan untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September lalu mereka kini sedang berusaha untuk memancing atau mencuri MP BN dengan menabur janji serta menambah beberapa insentif yang akan diberikan sekiranya mereka bersetuju untuk melompat keluar dari BN. Satu lagi taktik kotor dan jijik yang dimainkan oleh kumpulan Anwar Ibrahim.

Anwar cuba mengambil kesempatan apabila kononnya beliau mendakwa sudah wujud rasa tidak puas hati beberapa orang MP BN terutama sekali yang melibatkan jawatan Menteri ataupun Timbalan Menteri dan juga kedudukan dalam beberapa syarikat GLC. Itu yang Anwar andaikan dan beliau dikatakan telah mengarahkan orang-orang kanannya untuk menghubungi bagi memujuk serta merayu MP BN ini bagi menawarkan beberapa ganjaran yang menarik sekiranya bersetuju untuk menyeberang kepada Pakatan Rakyat bagi menumbangkan Barisan Nasional. Bagi kumpulan Anwar mungkin beliau berfikir bahawa MP BN mudah disogok dengan jawatan dan wang bertimbun. Itulah mentaliti mereka.

Namun dalam konteks Barisan Nasional, adakah nama-nama yang sedang disebutkan oleh kumpulan Anwar ini terlalu murah untuk dibeli? Ataupun adakah mereka bersedia mereka untuk menjual prinsip perjuangan dan semangat UMNO untuk tunduk kepada kumpulan yang sedang gila kuasa?

Apakah mereka ini juga adalah antara penentu kepada masa depan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional? Apakah mereka ini ancaman kepada kepimpinan kerajaan hari ini? Sebagai Ahli Parlimen mereka ini khabarnya sentiasa diawasi oleh kumpulan pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Adakah seperti yang didakwa pembangkang bahawa keempat-empat tokoh ini sedang berkira-kira untuk menyertai mereka?

Yb Dato Ismail Kassim ( MP Arau), Yb Dato Abdul Rahman Bakri ( MP Sabak Bernam), Yb Dato Mohd Sirat ( MP Bukit Katil) dan Yb Dato Nasir Ibrahim Fikri ( MP Kuala Nerus) adalah nama-nama yang diuar-uarkan oleh pembangkang yang bersedia bila-bila masa untuk menyertai kerajaan yang kononnya bakal ditubuhkan dan Anwar Ibrahim adalah Perdana Menterinya.

Empat tokoh ini juga dikatakan kecewa dengan beberapa perkembangan termasuklah pergerakan mereka untuk keluar negara diawasi dengan begitu ketat oleh kementerian yang diketuai oleh Hishamuddin Hussien.

ULASAN LANJUT AKAN MENYUSUL

0 comments