http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

KJ Seorang Yang Korup!

Posted by Love Perak | Thursday, July 02, 2009 | 0 comments »

Dewan Rakyat menjadi panas ketika membahaskan Penyata Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat berhubung aduan Karpal mengenai insiden beliau diserang oleh beberapa pemimpin Pemuda Umno Selangor 26 Februari lalu.

Tatkala Khairy mencabar Karpal supaya mengulangi dakwaannya di luar dewan, yang menuduh Pemuda Umno menghantar dua biji peluru kepadanya, Karpal menjawab, beliau akan berbuat demikian jika permintaan tersebut datangnya daripada seorang yang berhormat...

“Saya tidak perlu layan seorang yang seperti dia, seorang yang korup” kata Karpal.

Apabila Speaker Tan Sri Pandikar Amin menegurnya, Karpal berkata, bukan dia yang buat tuduhan korup, tetapi Jawatankuasa Disiplin Parti Umno sendiri yang buat.

Akhirnya , Karpal diarah keluar dari Dewan Rakyat petang tadi selepas tidak mengendahkan teguran Speaker daripada mengeluarkan perkataan yang dilarang Parlimen.

0 comments