Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menolak andaian sesetengah pihak yang mendakwa kononnya pilihanraya umum ke-13 akan diadakan dalam masa terdekat.
Katanya, beliau tidak nampak keperluan mengadakan pilihanraya umum sekarang kerana mandat kerajaan yang ada masih panjang.
"Saya terbaca e-mel yang dihantar (dalam laman blognya) yang dihantar dari seorang pemimpin parti pembangkang mengatakan saya akan umumkan pilihanraya umum ke-13 dalam masa terdekat ini kerana sokongan rakyat terhadap kita (BN) semakin meningkat," katanya.
Perdana menteri berkata demikian di majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Dewan Wawasan di Jitra.
Menurutnya, andaian itu tidak logik sama sekali kerana adalah mustahil untuk beliau umumkan pilihanraya umum di majlis-majlis bersama rakyat.
Najib berkata, beliau ada menerima e-mel daripada seorang pemimpin pembangkang yang meramalkan beliau akan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada BN ketika ini.
Mengulas lanjut mengenainya dalam sidang akhbar selepas itu, perdana menteri berkata beliau sendiri belum tahu bila masanya untuk mengumumkan pilihanraya umum.
"Pemimpin pembangkang itu yang saya tidak mahu sebut namanya mungkin membuat andaian itu kerana sokongan rakyat terhadap BN sekarang telah meningkat dan saya enggan mengulas mengenainya kerana ketika membaca e-mel itu saya anggap ia adalah hiburan sahaja," kata beliau.
Majlis perjumpaan bersama rakyat itu diadakan sempena lawatan sehari perdana menteri ke negeri itu.
¡Hola mundo!
8 years ago
Jangan ganggu PM dengan lawak bodo lagu ni... banyak lagi kerja dia nak buat... yang hang ingat asyik politik3, hari-hari politik...