http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Orang terakhir jumpa Teo: Saya didera SPRM...

Posted by Love Perak | Friday, July 17, 2009 | 0 comments »

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

tan boon hwa pc macc 170709 simulate finger pointed at his foreheadTan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teo Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang semalam.

Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik 'polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".

tan boon hwa pc macc 170709 tan boon hwaSewaktu disoal siasat, katanya, pegawai yang lain masuk ke bilik untuk mempersendakan kelemahannya bercakap dalam bahasa Malaysia dan memanggilnya dengan istilah yang kesat - Cina bodoh - dan bertanya sama ada dia rakyat China.

Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu 'penderaan mental'.

"Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.

0 comments