http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Pakatan Rakyat Tetap Utuh Maju Ke Hadapan!

Posted by Love Perak | Friday, July 03, 2009 | 0 comments »

Pakatan Rakyat semalam telah mengumumkan Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian.

Usaha ini diperkukuhkan lagi dengan melantik Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi bagi mengukuhkan lagi hubungan antara ketiga-tiga pakatan bersama secara lebih tetap dan kukuh.

Selain itu juga ianya bagi menangani permasalahan yang berlaku dan menyangkal semula sebarang bentuk serangan keatas Pakatan Rakyat terutamanya sejak akhir-akhir ini,Demikian jelas sumber sahih yang dihubungi

Walu pun terdapat sedikit pergeseran antara parti-parti dalam pentadbiran di dalam Pakatan terutamanya di Kedah dan juga di Pulau Pinang, namun tujuan penubuhanini ialah bagi mengatasi kemelut yang dikatakan permasalahan yang membawa kepada ketidak samaan pendapat. Demikian jelas Dato zaid Ibrahim yang mengutarakan idea ini.

Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi sesi perbahasan di Parlimen termasuk perbahasan Rang Undang-undang dan sesi soal jawab.
Ini adalah bagi meningkatkan kualiti perbahasan dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan kementerian masing-masing.

Menurut kenyatan media yang di keluarkan jawatankuasa ini dibentuk mengikut 25 Kementerian dalam kerajaan Barisan Nasional dan dipengerusikan secara bersama oleh seorang wakil dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat.

Keanggotaan Jawatankuasa ini melibatkan beberapa Ahli Parlimen lain dan juga boleh melibatkan pakar dari luar dalam bidang masing-masing bagi membantu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Selain itu, kenyataan itu turut mengumumkan Ketua Whip bagi parti masing-masing iaitu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bagi PAS, Mohamed Azmin Ali (KeADILan) dan Tan Seng Giaw (DAP)

0 comments