http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Pasukan Pendakwaan Merayu, Enggan Serah Dokumen Bukti

Siang tadi, pasukan pendakwaan merayu di Mahkamah Rayuan supaya dibatalkan perintah Mahkamah Tinggi semalam yang memerintahkan agar dibekalkan segala dokumen berkaitan dan rakaman CCTV kepada barisan pembelaan.

Hebahnya konon mereka yakin dengan fakta. Mengapa enggan serahkan dokumen? Apa yang mahu disembunyikan?

Sekarang manakala kes pembelaan kukuh, pendakwa melengahkan lagi. Dulu mereka lengahkan kerana enggan menyerahkan dokumen. Bila kita membuat rayuan dan kita pula dikatakan melengahkan perbicaraan.

Sekarang pendakwa merayu, kerana takut dokumen diteliti. Maka mereka sekali lagi menyebabkan kes tertangguh.

ANWAR IBRAHIM

1 comments

  1. tok iskandar // July 18, 2009 at 1:23 PM  

    Rakaman video mendiang teoh disoal-siasat pegawai SPRM akan membuktikan sama ada beliau seorang saksi atau suspek.

    Kebiasaannya kalau jatuh dari tingkat yang tinggi,mayat seseorang akan bersepai tapi tidak dalam kes mendiang teoh.Hanya sedikit tumpahan darah dan seluar yang koyak rabak dari belakangnya.Pakar patologi amat diperlukan dalam kes seumpama ini.Elok diupah pakar dari luar negara kerana tidak ramai yang mahir dalam bidang ini di Malaysia serta dikhuatiri tidak telus.

    Sepatutnya ketika ini semua pegawai SPRM yang terlibat menyoal-siasat mendiang Teoh ditahan reman dan diambil keterangan mereka.

    Rakyat meragui ketelusan polis dalam menyiasat perkara ini kerana awal-awal lagi pihak polis menafikan ada unsur foul play.itu belum siasat lagi.Tak dapat tidak satu suruhanjaya di raja wajar ditubuhkan untuk menyiasat kematian mendiang teoh.

    kepada bloggers umno totok dan media totok pro umno,jika tak simpati terhadap kematian mendiang teoh,janganlah korang kutuk dia bukan-bukan.cuba bayangkan jika anak atau kaum keluarga korang sendiri yang jadi mangsa.....

    Kepada pemimpin MCA,SUPP dan lain-lai parti berteraskan kaum Cina kenapa masih diam membisu?Hanya Koh Tsu Koon sahaja yang berani mencadangkan agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan menyiasat kematian mendiang Teoh.Sikap korang semua amat dikesali.

    Eloklah cadangan DS Anwar agar jelajah negara diadakan bagi menerangkan isu mendiang Teoh.

    Rakyat semakin meluat dengan SPRM.Kenapa kes PKFZ,mahligai mewah Khir Toyo,bumbung stadium runtuh,kes rasuah RM3 juta melibatkan MRR2 dan banyak lagi hanya dipandang sepi oleh SPRM.

    Bukan UMNO sahaja yang bayar gaji mereka dan sebagai kakitangan awam,mereka sepatutnya berkhidmat untuk masyarakat.Kalau nak berkhidmat untuk UMNO,eloklah letak jawatan.Kematian mendiang Teoh di premis SPRM menjadi tanggungjawab SPRM sendiri dan jangan semudah itu untuk lepas tangan.

    Rakyat tertanya-tanya kenapa najib tak pulang ke tanahair lagi...apakah takut menerima kecaman atau soalan wartawan.inilah one malaysia kalau korang semua nak tahu.

    zaman sekarang canggih.boleh buat ucapan takziah dan rakam dalam tv3 ke,astro ke.....kan ada blog,apasal tak pakai.

    tibalah masa untuk kita semua menumbangkan BN dalam apa sahaja PRK dan PRU kerana mereka tak layak lagi memerintah negara