http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Teo tidak jatuh bangunan?

Posted by Love Perak | Saturday, July 18, 2009 | 2 comments »

Timbul perasaan kemushkilan di benak kepala aku?, apabila tengahari tadi seorang daripda in-charge aku tanya, dan suruh aku berfikir mengenai kisah mangsa siasatan SPRM.

Kalau kita lihat dan baca dari Harian Metro mangsa dikategorikan jatuh dari tingkat 14 ke koridor tingkat 5.. Ini beerti 9 tingkat ketinggian yang mangsa jatuh.

Mengikut In-Charge aku, biasa seorang anggota TLDM terjun bunuh diri dengan ketinggian 10 tingkat sahaja, mayatnya bersepai jatuh ke bawah, puas anggota bomba memungut dan membersihkannya.

Tetapi mangsa yang ini, yang dikata jatuh, atau membunuh diri, mayatnya cantik elok terbaring terletak seperti didalam gambar. Jadi sendiri fikirlah...

Manakala Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kes ini diklasifikasikan kematian mengejut.. (Utusan Malaysia)....pulak dah... belum apa-apa dah macam-macam kenyataan keluar... Sama-samalah ita fikir....

- Manjung Mari

2 comments

  1. Yong // July 18, 2009 at 6:47 AM  

    Perhatikan tangan mangsa. Kedua2nya menggenggam. Memang camtu ke orang terjun bangunan? Genggam tangan sampai jatuh ke bawah?

  2. Anonymous // July 18, 2009 at 9:56 AM  

    Friday, July 17, 2009
    Pembunuhan Yang Menggemparkan Malaysia Dan Dunia???

    Pembunuhan Yang Menggemparkan Malaysia & Dunia

    Seorang rakyat Malaysia yang bermastaudin di bawah jajahan DYMM Yang Dipertuan Agung
    Yang merupakan warganegara sah di negeri tanah Selangor yang di bawah jajahan DYMM Sultan Selangor
    Telah mati tanpa sebab di ibu pejabat MACC
    Semasa disoalsiasat

    Tidak kira apa jua keadaan dan situasi
    Dalam perkarangan MACC
    Dalam waktu dan keadaan yang masih ditangan MACC
    Tidak kira apa jua situasi
    MACC dan semua pegawai di ibupejabat MACC
    Harus bertanggungjawab penuh

    Tiada alasan dan dalih menolak
    Tiada hujah yang boleh melarikan tanggungjawab
    Tiada dalih yang membilang ABC hingga Z

    Tidak kira apa jua persekitaran
    Tidak kira tak tahu, tak nampak
    Tak mengerti, tak kesan

    Seandainya dan sudah bukti berlaku di perkarangan MACC
    Sudah bukti berlaku dalam tempoh soalsiasat
    Sudah berlaku dalam keadaan Sukspek masih di dalam kawasan MACC
    Sudah bukti MACC tidak memberitahu familinya
    Sudah bukti sukspek masih dalam lingkungan MACC
    Sudah bukti di kawasan dan di dalam tempat MACC
    Maka MACC semestinya dan tiada apa sebab boleh melarikan tanggungjawab penuh

    Seperti berlaku dalam rumah sipolan
    Yang membawa seorang anak kawanya
    Kemudian anak kawannya mati di perkarangan rumah
    Maka bolehkah ketua atau tuan rumah mengata dia tak tahu
    Bolehkah tuan rumah kata itu bukan tanggungjawabnya
    Bolehkah tuan rumah berkata dia mana tahu anak itu pergi
    Malahan baru-baru sahaja dia masih bermain dengannya
    Inilah fakta, yang berlaku dalam rumahnya
    Tuan rumah dan ahli keluarganya mesti bertanggungjawab
    Maka semua harus diberkas dan dihantar ke balai mega untuk disoalsiasat
    Dibelenggu kerana inilah fakta

    Kematian seorang rakyat Malaysia di MACC
    Menggemparkan seluruh Malaysia dan sedunia
    Kerana kebenaran tidak dapat dituntut
    Kerana keadilan dan kesaksamaan tak dapat disaksikan
    Kerana kezaliman yang leluasa telah melampaui batasan
    Yang amat menggemparkan seluruh Malaysia
    Mengemparkan dunia


    Kezaliman berturut-turut memaharajalela
    Demokrasi sudah diancam
    Hak asasi rakyat Malaysia sejati digugat


    Rakyat sejati dan rakyat anak jajahan DYMM Yang Dipertuan Agung
    Yang merupakan warganegara sah di negeri tanah Selangor yang di bawah jajahan DYMM Sultan Selangor
    Telah mati tanpa sebab di ibu pejabat MACC


    Kebenaran mesti dituntut
    Kebenaran mesti dicari
    Kebenaran mesti dipaparkan
    Kebenaran mesti dibongkar di mata nyata
    Seluruh rakyat Malaysia
    Di mata warga sedunia
    Membuktikan kebenaran yang sebenar-benar


    Mengambil langkah menghalang kezaliman berleluasa
    Dilanjut lagi generasi demi generasi
    Segala soalsiasat semestinya ada 1 hingga 4 orang peguam bersama
    Soalsiasat tidak boleh melampaui 12 jam
    Soalsiasat tidak boleh menggunakan kata ugut dan kasar


    Tibalah masa menegakkan sistem soalsiasat yang jijik dan tak berperikemanusiaan
    Menyalahgunakan kuasa laksana setan yang berkuasa
    Tibalah masa menghentikan kezaliman berturut-turut
    Menganiaya generasi demi generasi
    Menghancurkan hak asasi anak dan cucu
    Mengancam kebebasan dan demokrasi nusa tercinta
    Tibalah masa menegak segala penyalahgunaan kuasa yang melampau
    Yang amat menjolok mata
    Langsung tidak menghormat kita semua rakyat Malaysia yang sejati
    Rakyat jajahan DYMM Yang Dipertuan Agung
    Warganegara sah di negeri tanah Selangor yang di bawah jajahan DYMM Sultan Selangor


    Kejadian yang amat menyedih dan memilu
    Rakyat Malaysia Anak nusa tercinta telah mati tanpa sebab di ibu pejabat MACC
    Semua rakyat Malaysia menuntut kebenaran
    Menuntut hak asasi rakyat Malaysia
    Menuntut maruah sebagai rakyat Malaysia
    Maruah anak sejati jajahan DYMM Yang Dipertuan Agung
    Yang juga merupakan warganegara sah di negeri tanah Selangor yang di bawah jajahan DYMM Sultan Selangor



    Oleh:VICTORLEE