NAIB Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya  dakwaan pihak tertentu bahawa beliau 'budak jahat' yang mahukan Menteri  Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.
Tegas Azmin, beliau menyokong penuh Khalid sebagai MB Selangor dan  sekarang ini bukan masanya untuk Khalid diarahkan meletakkan jawatan.
"Semasa diretreat (pemukiman) KeADILan, saya duduk di sebelah Tan Sri  (Khalid), saya katakan dengan jelas kepada semua yang hadir, ya memang  saya ada masalah dengan Tan Sri, tetapi saya tidak sekali-kali mahu  merampas jawatan beliau.
"Malah dengan jelas saya tawarkan kepada parti, saya sanggup melepaskan  jawatan Adun Bukit Antarabangsa, supaya dengan itu tiada lagi spekulasi  bahawa saya mahu merebut jawatan MB," tegasnya.
Begitulah penegasan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, kepada penulis  ketika kami sembang-sembang di Parlimen, 29 Jun lepas.
Azmin jelas menunjukkan kekecewaan beliau, terhadap sesetengah pihak  sama ada blogger dalam KeADILan dan pucuk kepimpinan tertentu yang  sengaja 'mislead' dan memperbesar-besarkan isu jawatan MB.
Menurut Azmin, sebagai Naib Presiden parti, suatu jawatan kanan yang  disandang, beliau berhak untuk membuat teguran dan kritikan kepada  mana-mana pihak, khususnya pemegang-pemegang jawatan dalam kerajaan  negeri.
"Yang saya mahu ialah mereka 'deliver' untuk kepentingan parti dan  rakyat, bukan saya mengkritik kerana hendak merebut jawatan.
"Saya tidak gila kuasa, malah saya tegaskan kepada Ketua Umum (Dato'  Seri Anwar Ibrahim), saya meletakkan jawatan sebagai Pengarah PKNS atas  dasar prinsip, saya tidak gila kuasa, saya tidak gila untuk jadi MB,"  katanya bersungguh-sungguh.
Merujuk kepada jawatan Pengerusi Perhubungan KeADILan Selangor, menurut  Azmin, dalam retreat tersebut beliau dengan tegas menolak jawatan itu.
"Tetapi ini arahan Ketua Umum, arahan parti, saya akur walaupun berat  hati saya hendak menerimanya," ujar beliau.
Masalah yang timbul di antara Azmin dengan Khalid digembar gemburkan  oleh media, sebagai menunjukkan keretakan dalaman KeADILan yang serius.
Mahupun Azmin ataupun Khalid, tidak menafikan wujudnya perbezaan dalam  isu-isu tertentu, tetapi ia hanya membabitkan perbezaan pendekatan,  bagaimana yang terbaik untuk memperkukuhkan imej Pakatan Rakyat di mata  rakyat.
Keputusan yang dibuat oleh Anwar dengan mengkhususkan tugasan Khalid  sebagai MB Selangor, Azmin sebagai pengerusi negeri dan pengerusi  Wilayah Persekutuan yang disandang Azmin kepada Dato' Zaid Ibrahim  sebagai suatu penyelesaian yang terbaik.
Penganalisis berpendapat isu terbabit dapat diselesaikan dengan lunak  dan masing-masing yang didakwa bertelagah, mempunyai tugas dan peranan  khusus dan seharusnya lebih fokus.
Dakwaan pertelagahan dalaman KeADILan ini menarik minat bekas MB  Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo untuk memberi komen, kononnya ia  bukanlah suatu penyelesaian kerana dakwanya, KeADILan ada tiga nakhoda  di negeri tersebut.
Khir mendakwa perjalanan parti dan kerajaan tidak dapat berjalan dengan  baik kerana wujud individu yang berbeza atas jawatan utama di negeri.
"Buat apa kita hendak ikut Umno, memang kerja depa (mereka) kuasai  pengerusi negeri dan kerajaan negeri. Ini pemusatan kuasa yang akan  melahirkan diktator sahaja," tegas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi  Mohd Yusof.
Tegasnya, dalam KeADILan tidak akan wujud diktator kerana mereka  menjalankan pentadbiran secara pemuafakatan.
"Khir Toyo tidak payah pertikai Pakatan Rakyat, dia di Selangor pun  banyak masalah dalaman Umno yang kelam-kelibut," ujarnya.
Isu ini juga menarik perhatian Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul  Samad.
"Apa masalahnya wujud perbezaan jawatan MB dengan pengerusi negeri?  Dalam PAS pun semasa kita perintah Perak, MB Perak, Dato' Seri Mohammad  Nizar Jamaluddin, manakala Pengerusi Perhubungan PAS Perak, Ustaz Ahmad  Awang.
"Buat apa kita hendak mengikut cara Umno-BN?" ujarnya. Dengan tegas Ahli  Parlimen Shah Alam itu mempertegaskan sokongan PAS untuk terus  memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Apa pun keadaan yang berlaku, nampaknya Umno-Barisan Nasional tidak akan  henti-henti membuat serangan untuk menjatuhkan kredibiliti Pakatan  Rakyat, khususnya parti KeADILan.
KeADILan, khususnya yang menerajui Kerajaan Negeri Selangor, seharusnya  berusaha mengelakkan isu-isu sebegini timbul kerana ianya amat  merimaskan rakyat yang menyokong kita.
Abdul Khalid harus lebih fokus dan mesti melaksanakan keputusan yang  diarahkan parti, supaya kerajaan negeri ditadbir mengikut acuan Pakatan  Rakyat.
Azmin harus lebih berhati-hati, supaya selepas ini sebarang tindakan dan  kenyataan beliau, tidak dilihat sebagai suatu penentangan ke atas  kepimpinan Khalid.
Dan, terutama sekali Anwar harus melihat isu-isu yang berlaku sebegini,  boleh menggugat persepsi rakyat terhadap kepimpinannya, yang mungkin  menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di peringkat Persekutuan.
Yang lebih penting, Anwar dan KeADILan sendiri, harus lebih sedar,  bahawa banyak lagi 'peluru berpandu' akan dilepaskan Umno-BN menjelang  PRU ke-13 nanti.
Kita seharus lebih berhati-hati, supaya hasrat kita untuk memerintah  negara selepas PRU ke-13, menjadi realiti bukannya 'mimpi yang tak  sudah'
Saya Sanggup Letak Jawatan Adun Bukit Antarabangsa - Azmin Ali
Posted by Love Perak | Wednesday, June 30, 2010 | Azmin Ali | 2 comments »| MP: Zaid tinggal di hotel sama dengan RPK | 
|  | 
Ahli parlimen PKR yang berpaling tadah Februari lalu dan mengisytiharkan dirinya wakil Bebas mempersoalkan perkara berkenaan dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) meyiasat bagi menentukan kaitan kedua-dua mereka.
"Saya minta SPRM menyiasat siapa yang membiayai kos penginapan Raja Petra di London. Apa yang dilakukan oleh Zaid dengan penjenayah itu di Manchester?” soal Zahrain.
Diasak wartawan, sama ada beliau mendakwa Zaid yang membekalkan dana berkenaan, Zahrain menafikan perkara tersebut tetapi berkata dia mahu SPRM menyiasat perkara itu sehingga akar umbi.
|  | 
Zahrain berkata, oleh kerana Amarjit adalah peguam bagi kedua-dua Raja Petra dan PKR, wang berkenaan mungkin datang dari bekas partinya itu.
"Berdasarkan tempahan hotel, saya tahu ada kaitan antara orang kanan PKR itu dengan Raja Petra. Justeru, saya mahu Mohd Nazri Abdul Aziz dan SPRM menyiasat,” katanya.
Zahrain berkata beliau akan menyerahkan maklumatnya itu kepada Nazri selepang sidang medianya.
Zaid Ibrahim Menjawab di Dalam Blognya :
Kesian Zahrain; So Pathetic
Wakil Rakyat sepatutnya menimbulkan cadangan yang bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan Kerajaan . Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh saorang Yang Berhormat. Lebih lebih lagi kalau kita itu Wakil rakyat “Bebas” yang begitu di gemari oleh PM Najib Tun Razak. Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan.
Jadi saya hairan mengapa pertemuan saya dengan Raja Petra di Manchester tahun lalu menjadi isu kepada YB Bayan Baru ini. Dia sudah semacam menjadi wakil special Branch bangga dengan pendedahannya yang saya duduk di Hotel Britannia bersama dengan Raja Petra di Manchester tahun lalu. Dia kata MACC kena siasat petemuan ini. Inilah kerja Wakil Rakyat pro BN kita hari ini. Tak ada perkara lain nak ditimbulkan. Kalau dia tanya saya, saya akan beritahu lebih dari itu. Jumpa Raja Petra tidak salah wahai YB. YB pun boleh kerumahnya di Manchester.
Raja Petra dan isterinya Marina kawan saya . Saya tak tinggalkan kawan semata mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford; dia minat kepada Manchester United. Jadi saya belanjalah dia. Itulah sedikit hiburan baginya yang terpaksa meninggalkan tanah air kerana menuntut kebenaran. Perjuagan seperti Petra mungkin YB Bayan Baru kita itu tak mengerti atau faham.
Memang dia booking Hotel itu untuk saya, tapi tak benar dia tinggal disitu kerana rumah mereka hanya 15 min dari situ. Hotel yang saya menginap itu pun 3 star , tak lah saperti hotel Zahrain guna semasa ke Washington. Maklumlah saya bayar sendiri. Minggu depan saya akan ka London dan inshaaallah akan bertemu Marina dan Petra. Saya akan bekalkan butir lanjut jika YB Zahrain atau MACC mahu maklumat lain. Saya harap dapat juga bertemu Bala kalau MACC tidak mahu bertemu dengannya.
(Bahasa Melayu) Pegawai SPRM Ditangkap di London?
Posted by Love Perak | Wednesday, June 30, 2010 | Raja Petra, SPRM | 1 comments »Pegawai MACC Mungkin Ditangkap Di London
Jadi  inilah masalahnya. Para pegawai MACC, PI Bala, dan ketiga-tiga peguam  Bala akan bertemu di London minggu depan. Biar kita lihat sama ada  kenyataan Bala akan dirakam atau melihat pegawai MACC akan dibawa ke  penjara?
NO HOLDS BARRED
Raja Petra  Kamarudin
Pada hari Isnin (5 Julai 2010) dan Selasa (6 Julai  2010), MACC akan merakamkan kenyataan dengan Penyiasat Peribadi P.  Balasubramaniam. Tempat ditetapkan di Holiday Villa yang terletak di  London. Menurut laporan Berita Harian dan The Star, pertemuan itu telah  disahkan oleh Bala dan ketiga-tiga peguamnya dan telah dijadualkan  berlangsung di London.
Situasi terbaru ialah MACC telah  menghantarkan surat kepada Bala dan memberitahunya bahawa peguamnya  tidak boleh hadir ketika rakaman dengan Bala. Namum peguam Bala berkeras  untuk menghadiri pertemuan itu dan sekiranya MACC enggan membenarkan  penglibatan mereka maka pertemuan tersebut akan dibatalkan serta-merta.
Mungkin  ini harapan mereka. Mereka sebenarnya tidak mahu merakamkan kenyataan  Bala kerana risau dengan pembongkaran Bala kelak. Bala akan membawa  bersama kesemua dokumen yang diperlukan, termasuklah bukti yang  menglibatkan pemberian wang kepadanya supaya mengeluarkan Surat Akuannya  Kedua yang bertentangan dengan Surat Akuan Pertama.
Saya telah  berbincang dengan sekumpulan peguam British dan mereka bercadang untuk  menghadiri pertemuan itu di Holiday Villa yang dijadualkan pada hari  Isnin pagi iaitu 5 Julai untuk mencabar tingkah laku MACC dari segi  undang-undang.
MACC tidak boleh menggunakan Akta Anti Rasuah atau  Akta Rahsia Rasmi untuk digunapakai di Tanah British. Peguam British  yang memberitahu saya kesemua ini. Di British, adalah menjadi hak setiap  orang bahkan saksi untuk ditemani oleh seorang peguam. Adalah  bertentangan dengan undang-undang British sekiranya seseorang itu  dilarang untuk ditemani oleh seorang peguam sekiranya rakaman kenyataan  hendak dijalankan.
Walaubagaimanapun, Bala melakukannya secara  sukarela. Tiada saman atau waran yang dieluarkan terhadapnya. Bala juga  tidak dipaksa untuk memberitakan kenyataan yang enggan diberitahunya.  "Jadi kenapa MACC keberatan untuk berbuat demikan?" tanya peguam  British. 
British juga  mempunyai Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act) jadi MACC  tidak boleh menggunapakai Akta Rahsia Rasmi untuk mencabar Akta  Kebebasan Maklumat di British, tambah Peguam British.
Sekiranya  MACC ingin melakukan operasi haram di London maka kita harus menujukan  isu ini kepada perhatian polis Inggeris dan pegawai MACC akan ditahan  dan didakwa, kata Peguam British.
Sini adalah British dan bukan  Malaysia, yang mempraktikkan undang-undang rimba, tambah para peguam.  Para pegawai MACC tidak boleh mengabaikan undang-undang British seperti  yang mereka lakukan di Malaysia. Mereka akan menghadapi masalah  sekiranya mereka cuba untuk melakukannya.
Jadi inilah masalahnya.  Para pegawai MACC, PI Bala, dan ketiga-tiga peguam Bala akan bertemu di  London minggu depan. Biar kita lihat sama ada kenyataan Bala akan  dirakam atau melihat pegawai MACC akan dibawa ke penjara?
Saya  akan berkunjung ke Holiday Villa dengan kamera saya Isnin depan dan  menyaksi kesemua ini dengan hati yang bergembira. Dan saya yakin banyak  Pegawai Cawangan Khas (Special Branch) dari Bukit Aman juga akan berada  di sana dengan kamera mereka untuk mengambil gambar saya. Saya akan  memakai topi Perancis, seluar jeans Amerika, kemeja Polo, memegang  kamera Jepun dengan cerut Cuba di mulut saya.
Itulah yang disebut  oleh saya pasal globalisasi.
SPRM tak jadi wawancara PI Bala di London Jun 30, 10  3:14pm
Jun 30, 10  3:14pm
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan  menghantar pegawainya ke London untuk merakam kenyataan penyiasat  persendirian P Balasubramaniam berhubung kes Altantuya Shaariibuu.
Timbalan  Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdull berkata  keputusan untuk membatalkan pertemuan tersebut dibuat atas pertimbangan  undang-undang.
Sebaliknya, SPRM akan menulis soalan kepada  Balasubramaniam dan meminta beliau menyerahkan affidavit berhubung  perkara itu untuk tujuan penyelidikan.
Syukri berkata langkah  tersebut diambil selepas menimbang nasihat daripada Pejabat Peguam  Negara.
BETAPA FIRAUN BESAR KULIM INI MENCINTAI UMNO
Posted by Love Perak | Wednesday, June 30, 2010 | Zul Noordin | 0 comments »Oleh: WFAUZDIN NS
SEKALI lagi TV3 suku malam tadi menampilkan MP  dari Kulim Bandar Baru sebagai pengulas undangan tentang peristiwa  politik PKR di Selangor. Maka, tanpa berlengah lagi `firaun besar' Kulim  ini pun bercakap gaya seorang lawyer tapi ternampak seperti `loyar  buruk' saja. Dia bercerita agak panjang juga sampai dua kali disiarkan  wajah `firaun besar' ini dan mengulas benda yang sama.
Semakin  lama dia mengulas, semakin nampak seorang `loyar buruk' yang seperti  bukan seorang politikus tetapi seperti tikus. Memang beliau ni bersifat  seperti tikus, berani menggigit apa saja jika tiada sesiapa di  sekelilingnya. Apabila diajak berdebat oleh YB Khalid MP Shah Alam,  terzahirlah sifat penikusnya. Di depan TV3 suku, beliau menunjukkan  jantannya sehingga terjongket kopiah firaun besarnya itu.
MP  Kulim Bandar Baru yang dipecat oleh PKR itu berkata depan TV 3 suku  bahawa perlantikan YB Azmin sebagai pemimpin utama PKR di Selangor  memberi gambaran MB Khalid tidak lagi diperlukan. Apa ertinya menjadi MB  Selangor jika kuasa politik sudah tiada, tambah beliau.
Jadi, MB Khalid mesti berundur katanya lagi.  Maksudnya, YB Azmin tentunya lebih berkuasa dari MB Selangor dan ini  menunjukkan DS Anwar mahu YB Azmin menjadi MB Selangor. Dan, Khalid  mestilah sedar isyarat ini. Begitulah andaian si`loyar buruk' yang  pernah ditolak oleh PAS itu.
Nampaknya komen dari firaun besar  Kulim tersebut bercanggah pula dengan mantan MB Selangor iaitu anak  Toyo. Anak Toyo berkata pula, walaupun YB Azmin dilantik mengetuai PKR  di Selangor namun yang masih mempunyai kuasa adalah Khalid selaku MB  Selangor. Jadi, Khalid masih boleh menentukan projek atau tender kepada  kroni-kroninya, kata anak Toyo doktor gigi yang kaya raya itu. Beliau  sangka, MB Khalid sama sepertinya yang memelihara kroni seperti  memelihara babi apabila menjadi MB Selangor.
Nampaknya komen  firaun besar dari Kulim dengan komen doktor gigi yang kaya itu sama  sekali bercanggah, walaupun niat masing-masing sama untuk menjahanamkan  PR di Selangor.Kita jangan pelik kenapa firaun besar dari Kulim tidak  mahu pula ulas perihal yang sama di Terengganu. Di Terengganu, MB nya  adalah Said. Tetapi, siapa yang menerajui Umno di Terengganu? Pengerusi  Perhubungan Umno Terengganu adalah Hishamuddin, orang dari Johor.
Jika  ikut kata-kata bodoh dari firaun besar, tentulah MB Terengganu Said  kena berundur kerana apa guna jadi MB jika kuasa politik di Terengganu  dipegang oleh orang lain, bahkan orang itu luar dari Terengganu? Mengapa  firaun besar berketayap putih itu tidak mahu ulas?
Jawapannya  mudah, ia adalah kerana di Terengganu Umno yang berkuasa, jadi buat apa  firaun besar mahu ganggu. Bukankah Umno itu pujaan hatiku?
oleh : shalehudin
Aku setuju sangat dengan Khalid Ibrahim, ini caranya kalau nak jawab kat  orang yang menyibuk pasai hal hal dalam kain orang lain.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menyifatkan Tan Sri Khalid Ibrahim  dan Azmin Ali sebagai gandingan ideal yang mampu memberi impak positif  kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kerajaan Selangor.
Gandingan  ini dijangka memberi kelebihan kepada rakyat untuk terus menikmati  pelbagai kebajikan yang dibawa kerajaan Selangor dan keseimbangan  politik melalui kestabilan kepimpinan PKR.
Azmin dilantik sebagai  Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor  bagi memperkukuh kedudukan  politik negeri manakala Tan Sri Khalid memberi tumpuan kepada  pentadbiran kerajaan negeri.
MP Masjid Tanah Bengong, Dibelasah MP Pakatan di Parlimen
Posted by Love Perak | Tuesday, June 29, 2010 | Parlimen, Video | 0 comments »Lesen Judi Piala Dunia: Vincent Tan Masih Ada Harapan
Posted by Love Perak | Tuesday, June 29, 2010 | Judi, Vincent Tan | 0 comments »'Tanpa satu saluran sah yang membolehkan pertaruhan judi ini dilaksana, ia akan hanya menyebabkan pihak seperti bookie, pemberi pinjam wang tidak berlesen dan sindiket perjudian mendapat manfaat daripada aktiviti itu' katanya.Ascot Sports tetap percaya sukan pertaruhan judi perlu dibenarkan di Malayasia, tambah kenyataan itu.
Panas : Sidang Media Pagi Tadi Dedah Penipuan Besar UMNO
Posted by Love Perak | Tuesday, June 29, 2010 | Penipuan | 1 comments »
Abdul  Wahab Nafi Sertai UMNO
Aktivis Sunnah Wal Jamaah, Abdul Wahab  Abdullah semalam, menafikan dirinya menjadi sebahagian daripada 40 ulama  muda yang menyertai UMNO seperti yang dihebahkan media sebelum ini.
Dalam  satu sidang media di sini semalam, Abdul Wahab berkata, tidak pernah  mengisi sebarang borang untuk menyertai parti itu dan semuanya hanya  tipu muslihat yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam UMNO yang dilihat  cuba mencari publisiti untuk kepentingan politik mereka.
Menurutnya,  tujuan sebenar beliau hadir ke majlis itu adalah mewakili Persatuan  Al-Islah Perlis untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun  Razak bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan  dengan isu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.
“Saya  tidak tahu mengenai penyerahan borang menyertai UMNO itu, kerana saya  pergi untuk tujuan lain iaitu bagi mendapatkan imej baik dalam Persatuan  Islah, bukan untuk menyertai UMNO. Tetapi agenda itu disusun untuk  tujuan lain.
“Perkara itu seperti cuba memerangkap golongan ulama  untuk menyertai parti itu,” katanya dalam sidang media menafikan  penyertaan beliau dalam UMNO, di Balai Islam sekolah Al-Madrasah  Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), Jejawi, di sini, semalam.
Hadir  sama, Ketua Dewan Pemuda Pas Perlis, Yaakub Abu Seman; Pegawai  Perhubungan Awam Pas, Khairi Hassan dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong  Pas Perlis, Khoo Yang Chong.
Sementara itu, Yaakub berkata,  beliau kesal dengan kejadian itu kerana ada sebahagian daripada mereka  yang berada di majlis itu terpedaya dengan mainan politik Shahidan.
Menurutnya,  beberapa individu dari Perlis yang hadir dalam majlis itu mahu berjumpa  dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tujuan lain,  sebaliknya terperangkap dengan mainan politik bekas Menteri Besar itu.
“Pengaruh Shahidan semakin menurun jadi dia perlu  lakukan sesuatu untuk menarik perhatian orang,” katanya.
“Sepatutnya,  jika mahu berpolitik, berpolitiklah dengan cara baik,” katanya kepada  Sinar Harian.
Difahamkan, Abdul Wahab adalah tenaga pengajar di  Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), salah sebuah sekolah  kelolaan Pas Perlis. -SINARHARIAN
SIDANG MEDIA  'PENAFIAN SERTAI UMNO'
Penafian menyertai UMNO bersama  40 ulama muda
Ustaz Abdul Wahab Abdullah, seorang ustaz yang  hadir dalam majlis penyertaan 40 ulama muda kedalam UMNO tampil membuat  penafian berhubung penyertaannya kedalam UMNO dalam sidang media khas  yang di adakan di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), semalam.
Beliau  menyatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan tentang penganjuran majlis  tersebut adalah untuk penyerahan borang penyertaan mereka kedalam UMNO.  “Saya tidak tahu langsung tentang penganjuran majlis ini. Kedatangan  kami adalah untuk membersihkan nama persatuan kami”, kata beliau.
Beliau  menyatakan bahawa kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan  Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah untuk membersihkan nama persatuannya  yang membawa aliran fahaman Wahabi yang dikatakan terlibat dengan Jemaah  Islamiah.
Beliau datang bersama beberapa orang rakannya daripada  Perlis. Beliau dimaklumkan rombongan mereka ke Kuala Lumpur untuk  bertemu dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah untuk menjaga  “survivor” persatuannya, Persatuan Al Islah Negeri Perlis kerana  dikaitkan dengan JI.
“Saya tak pernah fikir untuk masuk UMNO dan  akan diperlakukan sebegini”, kata beliau dengan nada kecewa.
Ustaz  Abdul Wahab Abdullah adalah guru di Madrasah Diniah Islamiah (MADI),  sebuah sekolah kelolaan Badan Perhubungan PAS Perlis. Beliau juga pernah  menjawat jawatan sebagai Bendahari Dewan Ulama PAS Perlis.
Turut  hadir dalam sidang media tersebut adalah Ustaz Saleh Adam, Pemangku  Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Sdr. Hairy Hasyim, YDP PAS Kawasan  Kangar,Ustaz Yaakob Abu Seman, Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis dan Cikgu  Khoo Yang Chong, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis.
Akhbar Suara Keadilan Diharamkan?
Posted by Love Perak | Tuesday, June 29, 2010 | Diharamkan | 0 comments »Kementerian Dalam Negeri akan bermesyuarat esok untuk menentukan status  pembaharuan permit penerbitan akhbar Suara Keadilan, kata ketua  pengarang akhbar itu Dzulkarnain Taib.
Sehubungan  itu, beliau juga perlu menjawab kesemua tiga surat tunjuk sebab yang  telah dikemukakan oleh kementerian itu sebelum ini.
|  | 
Tambahnya, akhbar itu juga diberikan tempoh selama tujuh hari untuk satu lagi surat tunjuk sebab yang dikemukakan dalam pertemuan Dzulkarnain dengan KDN semalam.
Sementara itu menurut Bernama, dua surat tunjuk sebab pada Januari dan April itu, masing-masing melibatkan kegagalan syarikat akhbar berkenaan menghantar lapan salinan akhbar itu pada setiap keluaran kepada kementerian.Satu lagi surat pada Februari adalah berkaitan tiga laporan akhbar tersebut, bertajuk "Umno dan BN Ketagih Hasil Petronas", "BN Bolot Jualan Saham Pernas" serta "Umno dan BN Merosakkan Institusi Perubatan.
Surat terbaru yang dikemukakan dalam satu pertemuansemalam pula menuntut penjelasan berhubung satu laporan dalam edisi terbaru akhbar tersebut, yang mendakwa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutun (Felda) telah muflis.
Pertemuan selama satu jam itu dihadiri ketua setiausaha KDN Datuk Seri Mahmood Adam, timbalannya Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz serta Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Datuk Zaitun Ab Samad.
Anwar ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya
Posted by Love Perak | Tuesday, June 29, 2010 | 0 comments »PUTRAJAYA 28 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan semua kenyataan termasuk saksi pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, selepas Mahkamah Rayuan menolak usahanya minggu lepas.
Rayuan kepada mahkamah tertinggi itu difailkan oleh peguamnya Karpal Singh tengah hari Isnin.
Pada Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mei tahun ini yang menolak rayuan Anwar bagi mendapatkan dokumen-dokumen itu.
Anwar, 63, mahukan kenyataan-kenyataan yang mendakwa wujud percanggahan dalam testimoni Mohd Saiful semasa perbicaraan dan dakwaan liwat yang dibuat ke atasnya.
Katanya Mohd Saiful telah memberi keterangan bahawa dakwaan liwat terhadapnya berlaku tapa kerelaannya tetapi Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun
Keseksaan iaitu mengadakan hubungan seksual secara rela.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat.
Perbicaraan disambung 14 Julai.
Bernama
“Perak mempunyai bilangan terbanyak seramai 192,000 keluarga, atau 12.5  peratus dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak. Di bawah  pemerintahan BN, Perak juga merosot menjadi negeri ke-3 termiskin di  Malaysia selepas Sabah dan Terengganu,” kata Ahli parlimen Taiping, Nga  Kor Ming yang juga setiausaha DAP Perak.
Nga juga membidas  kerajaan yang menasihatkan rakyat berjimat-cermat dan membayangkan  kemungkinan subsidi barangan asas ditarik balik atau dikurangkan tetapi  pada masa yang sama boros berbelanja.
“Contohnya, kerajaan  belanja RM6,700 juta untuk membeli kapal peronda TLDM walaupun Malaysia  adalah anggota treati antarabangsa anti perang dan berada di luar zon  perang,” katanya.
Beliau berkata pengurusan kewangan yang lemah  dan tindakan boros kian serius dan menyeru rakyat berubah untuk  menyelamatkan negara daripada menjadi muflis menjelang tahun 2019.
Penipuan Besar UMNO Kepada Umat Islam 1Malaysia!!!
Posted by Love Perak | Tuesday, June 29, 2010 | 1 comments » “Kami  dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala...tor,  pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC,  diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar  diambil bertalu-talu.
“Kami  dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala...tor,  pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC,  diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar  diambil bertalu-talu.
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa  inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno  tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik  menunduk sahaja,”.
“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan,  Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27,  (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami  berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.
Aduh,  penipuan apa ini wahai Datuk Seri Najib Tun Razak? Penipuan apa ini  wahai Datuk Seri Shahidan Kassim? Penipuan apa ini wahai UMNO Cawangan  Dataran Merdeka? Jeliknya permainan politik kamu.
( e-mail dari ustaz mobarak)
Isu Judi : Vincent Tan Berang, Salahkan Pakatan Rakyat
Posted by Love Perak | Monday, June 28, 2010 | 0 comments »KUALA LUMPUR, 28 Jun — Tan Sri Vincent Tan hari ini mendakwa bookie haram membiayai kempen untuk menggagalkan rancangan Kumpulan Berjaya daripada memperoleh lesen pertaruhan sukan, dan kini menunggu masa yang sesuai untuk menghidupkan usaha itu, demikian menurut beberapa penganalisis judi sukan.
Pengerusi Kumpulan Berjaya ini juga mendakwa Pakatan Rakyat (PR) wajar dipersalahkan atas keputusan pentadbrian Najib menarik balik keputusan mengeluarkan lesen minggu lalu.
Tan (gambar) mendakwa bookie haram telah membelanjakan antara RM100 juta hingga RM300 juta untuk menjejaskan usaha memperkenalkan perjudian sukan di negara ini.
Aktiviti pertaruhan haram di Malaysia 
Pada majlis itu beliau juga menunjukkan surat Kementerian Kewangan bertarikh 13 Januari 2010 yang memberikannya kelulusan bersyarat mendapatkan lesen sukan judi.
Bagaimanapun sumber-sumber yang melihat surat itu berkata tidak menyebut kerajaan perlu mendapatkan sokongan publik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan lesen penuh.
Satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan Kumpulan Berjaya menyebut syarikat itu sangat kecewa dengan keputusan kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang telah diberikan secara dasarnya.
Sebelum ini Kumpulan Berjaya menyatakan bahawa kerajaan telah mengeluarkan semula lesen bagi membolehkan syarikat Ascot Sports Sdn Bhd milik Tan selepas lesen asal telah dibatalkan oleh kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Jumaat lalu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.
Najib yang juga Presiden Umno berkata keputusan itu dipersetujui dengan sebulat suara oleh anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat Jumaat lalu.
“Sejak keputusan kelulusan pada dasarnya telah dibuat dan tinjauan telah dibuat, walaupun ada pihak yang menyokong dan ada pihak tidak menyokong atau menentang, maka setelah mengambil kira semua pandangan ini, jelas kepada kerajaan bahawa sebilangan besar masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut diberikan kepada Ascot Sports.
“Oleh itu, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan,” katanya.
Najib berkata lesen berkenaan telah bermula pada 1989 tetapi syarikat tersebut telah menyerahkan semula kepada kerajaan pada 1990 kerana mengalami kerugian besar.
Sejak tarikh itu syarikat berkenaan telah mencuba beberapa kali untuk memperbaharui lesen dan baru-baru ini kerajaan telah memberikan kelulusan secara dasarnya berasaskan kepada syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi, katanya.
Najib berkata adalah menjadi hasrat kerajaan selama ini untuk mengawal pertaruhan sukan haram yang dikatakan melebihi RM10 bilion di samping menyumbang kepada kegiatan jenayah yang lain dan ancaman sosial dalam negara.
4 Adun PKR Selangor Keluar Parti adalah Pembohongan Besar
Posted by Love Perak | Monday, June 28, 2010 | 1 comments »KUALA LUMPUR, 28 Jun — Meskipun Parti  Keadilan Rakyat (PKR) selesai mengadakan sesi pemukiman dengan melakukan  rombakan kecil di sebalik desas-desus wujudnya desakan mahu Tan Sri  Khalid Ibrahim digugurkan, hari ini wujud spekulasi baru mendakwa empat  ADUN parti itu akan keluar kerana beliau masih kekal sebagai Menteri  Besar Selangor.
Desas-desus baru ini mendakwa empat ADUN iaitu  Haniza Mohd Talha dari kawasan Taman Medan, Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri  Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Suhaimi Shafie (Sri Muda) sudah  memutuskan untuk meninggalkan PKR.
Khabar angin mendakwa  keempat-empat mereka akan keluar PKR sebagai tanda protes pucuk  kepimpinan memutuskan untuk mengekalkan Khalid (gambar) sebagai menteri  besar.
Khabar angin ini mula tersebar sejak pagi tadi.
Selain  SMS, beberapa panggilan yang diterima The Malaysian Insider mendakwa  keempat-empat wakil rakyat berkenaan mahu meletakkan jawatan kerana  tidak berpuas hati Khalid, menteri besar penggal pertama, dikekalkan.
SMS  itu berbunyi “empat ADUN PKR Selangor dikhabarkan akan meletak jawatan  kerana tidak bersetuju Khalid kekal sebagai MB.”
Nik Nazmi  merupakan bekas setiausaha politik Khalid. Beliau digantikan oleh  setiausaha politik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  berkuat kuasa bulan depan.
Amirudin memberitahu The Malaysian  Insider, beliau dan rakan-rakannya menghormati keputusan pucuk  kepimpinan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.
“Tidak,  tidak... sebelum saudara tanya saya jawab soal dulu, tidak. Setakat ini  tiada apa-apa, kami kekal dengan PKR,” kata Amirudin sebaik sahaja  dihubungi The Malaysian Insider.
“Semuanya sudah bersetuju, kami  menghormati Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi PKR Selangor manakala  Tan Sri Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor... ini diumumkan  pada pertemuan Majlis Pimpinan Pusat semalam dan semua terima” kata  Amirudin sambil menambah, beliau dan Nik Nazmi makan malam tadi bersama  dan tidak membincangkan apa-apa, kononnya “akan keluar PKR.”
“Saya  tidak tahu mengapa secara tiba-tiba benda ini wujud balik,” kata  Amirudin lagi.
Menerusi ruangan twitter, Nik Nazmi berkata: “saya  baru terima panggilan daripada pemberita, bertanya sama ada saya salah  seorang daripada empat ADUN berkenaan yang mahu meletakkan jawatan.”
“Satu  lagi penipuan besar,” katanya.
Dalam pada itu, Suhaimi juga  melahirkan pandangan yang sama dengan berkata tidak tahu-menahu apa-apa  cerita sebenar.
“Ini kali kedua saya mendengar benda yang sama.
“Saya  menafikan... perang saraf biasanya macam inilah,” kata beliau.
Di  akhir sesi pemukiman dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR petang  semalam, Naib Presiden Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi Selangor  manakala Datuk Zaid Ibrahim dilantik meneraju Pengerusi PKR Wilayah  Persekutuan.
Pelantikan itu berkuat kuasa petang semalam.
Wan  Azizah ketika membuat kenyataan itu berkata pelantikan Azmin adalah  bagi menggantikan Khalid yang juga Menteri Besar Selangor.
“(Tindakan)  ini setelah dipohon oleh Tan Sri yang mahu menumpukan tenaga beliau  kepada pentadbiran negeri Selangor berkuat kuasa serta-merta,” katanya  semalam.
Sebelum ini Azmin mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.
Sementara  itu, Khalid yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut menafikan  tindakannya berundur daripada mengetuai PKR Selangor disebabkan tekanan  daripada pihak tertentu seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Khalid  dan Azmin menjadi tumpuan selepas timbulnya desas-desus mengatakan  wujud gerakan daripada sekumpulan puak di dalam PKR Selangor yang tidak  berpuas hati dengan kepimpinan menteri besar.
Kumpulan itu juga  dikatakan mahu mendesak Khalid agar melepaskan jawatannya sebagai  Menteri Besar.
The  Malaysian Insider
Luna Maya, kisahnya memenuhi alam maya .... dia tidaklah seanggun mana. Hebat lagi model-model Malaysia. Itu pun berebut orang nak tengok video dia.
[Edisi Mesti Baca] Warkah Terbuka Kepada Ustaz Fathul Bari oleh anak murid beliau
Posted by Love Perak | Sunday, June 27, 2010 | 0 comments »
Warkah Terbuka Kepada Ustaz Fathul Bari dan Sahabatnya
Murabbi yang ana kasihi,
Penyertaan ustaz ke dalam UMNO, bukanlah suatu yang sangat mengejutkan ana kerana ana sedia maklum hubungan ustaz dengan UMNO sebelum ini.
Ana tahu ustaz, bahawa UMNO sedang mempergunakan ustaz dan geng- geng ustaz sebagai alat politik mereka. Kita boleh menutup mata bila berdepan dengan sejarah, tetapi sejarah tidak pernah menipu kita. Lihat apa yang terjadi kepada saudara Anwar Ibrahim. Mereka sangat memerlukan undi Melayu pada saat ini kerana pilihanraya semakin hampir.
Cumanya pada kali ini, ana memilih untuk berlaku naif. Ana bukannya tidak dapat membaca tindakan politik UMNO yang saya benci, tetapi kethiqahan ana kepada Ustaz menyebabkan ana terasa ingin menasihati ustaz.
Oleh kerana parti adalah wasilah dan segala jamaah adalah wasilah , oleh sebab itulah wasilah- wasilah ini dengan realiti yang ada sentiasa berijtihad bahawa cara ustaz antara cara terbaik.
Kita tahu bahawa parti politik hanyalah sebuah wadah perjuangan dan hukum menyertai UMNO bukanlah bermaksud menjadi kafir atau murtad.
Kita bersetuju sekiranya kemasukan ke UMNO itu adalah dengan niat untuk berdakwah dan mengubah keburukan menjadi kebaikan dengan cara mendekati penyokong UMNO.
Itu adalah bidang ijtihad yang tiada siapa berhak menghukum dosa dan pahala kecuali Allah SWT.
Jujurnya memasuki pada waktu genting seperti ini membawa beberapa tanggapan yang bercampuk aduk ketika ini. Memasuki UMNO ketika UMNO sangat pro- Amerika dlm pendirian praktis dan lisan menyebabkan ustaz akan ditimpa masalah imej dikalangan rakyat. Sedangkan menerima hadiah daripada pemerintah pun dielak oleh salafussoleh agar mulut mereka tidak takut menegur kesalahan pemerintah.
Ana mengharap para ustaz yang masuk kali ini, oleh kerana mereka banyak menegur dan membasmi kejahatan walaupun bid'ah yg kecil dalam ceramah mereka sebelum ini(satu perkara yg baik), maka kalau ustaz membisu dengan kemaksiatan yg nyata dilakukan oleh UMNO, kedudukan ustaz akan terhina di sisi umat.
Syeikh yang ana kagumi,
Ana ingin mencabar ustaz menggunakan wasilah yg ada untuk membasmi kezaliman UMNO yang nyata dan pendirian politik antarabangsa pemimpin UMNO yang ke arah cara pemerintahan kafirin sekarang ini. Harap ustaz merealisasikan usul- usul perjuangan Sheikh Muhammad yang jelas menentang MUWALAT ini dalam kebanyakan kitab beliau. Kalau tidak , tinggalkan nama perjuangan sunnah ustaz kerana ustaz sedang merosakkan nama pejuang sunnah itu.
Sesungguhnya tugas Ustaz sangatlah berat apabila berada dalam UMNO. Mana Ustaz nak tangkis fitnah dari pentaksub parti pembangkang lagi, mana nak berdepan dengan najis mughallazah dalam UMNO sendiri dan sebagainya.
Ustaz Fathul Bari yang ana muliakan,
Seperkara lagi Ustaz, ana harap Ustaz berjaya melakukan ta'awun bukannya tuhdod. Ta'awun maksudnya di sini pengislahan sistem UMNO yang sekular kepada Islam. Dalam masa ustaz melakukan kerja dakwah ustaz, jangan pula melakukan tuhdod yakni membantai kerja dakwah pejuang di sebelah sini, PAS. Kalau ustaz hentam kerja dakwah ulama' PAS, ustaz tunggu ana langgar ustaz. Hehe...
Apapun ana ucapkan selamat berjaya kepada ustaz. Ana mengambil ketetapan falsafah bahawa UMNO atau PAS atau pemimpin HANYAlah asbab sementara sahaja. Bukan akidah.
Ana tidak beriman kepada jenama PAS atau pemimpin Hadi atau Nik Aziz. Jika wujud keperluan menjatuhkan sesesuatu demi Allah, demi sistemNya, Nik Aziz pun ana akan langgar. Muktamad!
Berbalik kepada Ustaz Fathul Bari dan sahabat, pertamanya, ana ucapkan selamat berjaya kepada beliau. Menanti dan meneliti bentuk jalan apakah yang boleh dilakukan Ustaz Fathul Bari dan sahabat demi Allah dan sistemNya. Kemudian, seandainya kami dapati ustaz semakin menajiskan dirinya, maka, ana akan langgar.
"Ya Allah, Tuhan kami semua. Jika Ustaz Fathul Bari dan sahabat benar keranaMu, Ya Allah, berikan kekuatan kepada beliau. Jika Ustaz Fathul dan sahabat semakin melanggarMu, atau melewatkan proses tegaknya sistemMu, maka; berikan kekuatan kepada kami atau mana- mana golongan yang Kau hadirkan untuk melanggarnya. Amin."
Ketahuilah ustaz, mungkin orang yang paling tajam mengkritik ustaz adalah orang yang paling mengasihi ustaz, berbanding orang yang memuja dan memuji di sekeliling kita. Ana hanya seorang murid ustaz, dan kekal murid sebelum dan selepas kritikan ini.
Allah tahu yang terbaik.
- asyrafmuiz.blogspot.com
Wanita boleh sanggul tinggi selagi menutup aurat 
Dari Harian Metro
SAYA ada dua kemusykilan. Pertama mengenai sanggul tinggi kerana sejak kebelakangan ini ramai wanita muslimah gemar mengenakan fesyen tudung bersanggul tinggi.
Adakah ia dibolehkan dalam Islam dan apakah hukumnya? Soalan kedua, saya menjalankan perniagaan menerusi blog, namun pernah saya ditegur berkaitan gambar model yang mengenakan pakaian ketat.
Saya sedar, sebagai muslimah kita harus menutup aurat dan mengelak memakai pakaian seperti itu.
Apakah hukum bagi saya selaku penjual? Saya hanya berniaga untuk mencari duit, namun bimbang jika saya juga mendapat dosa.
NWM
Kulim, Kedah
Tidak ada salahnya bagi wanita hendak bersanggul tinggi atau rendah. Bagaimanapun, harus hukumnya bagi wanita berambut panjang untuk bersanggul. Saya tidak melihat bersanggul tinggi menampakkan seorang wanita berlebihan dalam penampilannya.
Yang penting ialah auratnya ditutup kerana Allah mewajibkan wanita menutup aurat untuk menjaga kecantikan mereka.
Dalam menutup aurat, syarat yang mesti dipenuhi ialah pakaian tidak terlalu ketat kerana boleh menimbulkan fitnah dan persepsi negatif. 
Harian Metro
Rasulullah s.a.w bersabda:
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2 
Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
-hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
Oleh jil fityan
Tindakan  Najib Razak membatalkan lesen judi bola boleh disifatkan sebagai satu  keberanian politik kerana mengambil kira pendapat semua pihak sebelum  membuat keputusan berkenaan.
Menteri  Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ia adalah keputusan  bijak dilaksanakannya selepas mengambil kira beberapa kesan negatif yang  boleh memberi kesan kepada politik dan agama.
Masa Najib  luluskan lesen dulu sokong...masa tak bagi pun sokong...memang tak boleh  pakai Ulamak UMNO  Perak ni...
Oleh : Kerajaan Rakyat
Hutang negara mencecah jumlah RM377 billion tetapi lanun-lanun kuasa di Perak masih bermaharajalela berjoli dengan wang titik peluh rakyat. Apa kita nak gelarkan manusia-manusia ni? ... Anjing atau babi?
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zamry Kadir diminta memberikan rasionalnya mengapa mesyuarat exco kerajaan negeri kerap kali diadakan di hotel bertaraf lima binatang di Kuala Lumpur.
“Sedangkan bangunan Perak di Ipoh telah siap dengan segala kemudahan. Tindakan Zamry adalah satu pemborosan wang rakyat dengan puluhan ribu elaun, sewa hotel dan kos penginapan serta kos pengangkutan yang terpaksa dibiayai rakyat kerana mesyuarat exco di Kuala Lumpur,” kata Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang juga setiausaha DAP Perak sidang media di Taiping, semalam.
Merujuk perangkaan Jabatan Perdana Menteri, Nga berkata 40 peratus daripada keluarga rakyat di negara ini, iaitu 2.4 juta keluarga di seluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan.
Panas : Ayam Menyebabkan Lelaki Jadi 'Gay'?
Posted by Love Perak | Saturday, June 26, 2010 | 0 comments »If you don't want to end up bald or gay, don't eat chicken, says Bolivian President Evo Morales. Speaking at an environmental conference this week in Cochabamba, Bolivia, (officially titled the World People's Conference on Climate Change and the Rights of Mother Earth) Morales told attendees in an inaugural address that chicken producers inject female hormones into the fowl, "and because of that, men who consume them have problems being men."
Thousands at the conference reportedly laughed -- perhaps nervously -- when Morales made the statements. He also said hormone-injected chicken causes young girls' breasts to grow prematurely, according to Noticias 24.
The Associated Press notes that most Western countries ban hormone injections in chicken, but Morales, Bolivia's first indigenous president, also went on to diagnose the practice as the cause of male baldness. "Baldness, which seems normal, is a sickness in Europe," he said. "Almost everyone is bald. And that's because of what they eat." - Evo Morales: 'Chicken causes baldness and homosexuality'
Hanief: Petikan di atas melaporkan, Presiden Bolivia bernama Evo Morales menyatakan orang yang menjadi gay adalah disebabkan pemakanan. Memakan ayam yang telah disuntik dengan hormon estrogen.
Ketika di bangku sekolah saya ada belajar mengenai hormon ini. Jika lelaki testosteron kerana ada kaitan dengan testis. Manakala perempuan pula, estrogen kerana ia ada kaitan dengan kehamilan.
Tetapi kenapa ayam itu perlu disuntik hormon estrogen? Jika diamati, hormon estrogen akan meningkat pada proses penghamilan.
Mungkin ayam disuntik hormon estrogen bagi tujuan memastikan ia cenderung untuk bertelur atau pun memiliki anak ayam yang banyak? Kerana perempuan yang subur, kadar estrogennya tinggi. Jadi apakah ini cubaan untuk menyubur atau menggemukkan ayam?
Kemudian manusia makan ayam itu dan jadilah seorang gay.
Presiden Bolivia itu berkata lagi, hormon estrogen yang disuntik dalam ayam tersebut telah menyebabkan tumbersaran buah dada perempuan berlaku pada kadar yang awal.
Estrogen inikan hormon wanita. Jika ia dilebihkan pada wanita, maka mungkin jadi wanita cepatlah orang itu.
Presiden Bolivia itu menambah, dengan memakan ayam yang disuntik ini akan menyebabkan kebotakan.
p/s: Jangan lembu dan kambing pun disuntik juga.
Sent from my iPad
Kes MB Selangor - PKR akan selesai cara baikmdan untuk memenangi Pilihanraya akan datang
Posted by Love Perak | Saturday, June 26, 2010 | 0 comments »Isu mengenai dakwaan kudeta terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim oleh sekumpulan ahli parlimen PKR, dijangka menjadi topik panas dalam permukiman parti itu di Shah Alam hujung minggu ini.
Bagaimanapun, naib presiden PKR, R Sivarasa berkata, ia hanya akan dibincangkan dalam kaitannya dengan strategi parti untuk berdepan dengan pilihanraya umum akan datang.
"Seseorang mungkin membangkitkannya dan kita harus menyelesaikannya, tetapi ia perlu dalam rangka bagaimana kita akan memenangi pilihan raya akan datang," katanya.
Ketua penerangan PKR Latheefa Koya (kanan) pula berkata, salah satu daripada dua perkara dalam agenda permukiman tersebut ialah mengenai pentadbiran Selangor, dengan fokus khas untuk mencari jalan bagi parti menyalurkan lebih banyak input dalam dasar-dasar kerajaan negeri.
Katanya, kemungkinan hasil daripada permukiman tersebut - di mana lima kertas kerja akan dibentangkan - ialah penubuhan jawatankuasa yang akan memainkan peranan sebagai penasihat kepada exco kerajaan negeri dalam membuat keputusan mengenai dasar-dasar kerajaan negeri.
Ini serupa dengan amalan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS di Kelantan dan Kedah, di mana ahli exco negeri dipengaruhi oleh halatuju parti tersebut.
"PAS telah mentadbir Kelantan selama 20 tahun, sistem mereka sangat berkesan, dan kita harus belajar daripadanya," kata ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.
Sumber-sumber lain parti itu pula membayangkan bahawa pihak parti akan mendesak senarai baru ahli exco negeri, bagi membuka ruang kepada ahli PKR memainkan peranan dalam kerajaan negeri.
Satu lagi tuntutan yang dijangka dibuat di permukaan tersebut ialah mengenai sumber untuk membantu wakil rakyatnya di Selangor.
"Seseorang wakil rakyat hanya boleh membei khidmat di kawasan pilihan rayanya sekiranya ada sistem sokongan yang berkesan, dan ini adalah tangungjawab kerajaan negeri, dan harus dilihat sebagai satu agenda nasional," kata Yusmadi.
Beliau menambah, langkah memisahkan negeri dan parti adalah pendekatan yang cacat kerana kedua-duanya harus saling berkaitan dan harus kuat dalam menguruskan masyarakat.
Selain itu, kata ahli parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne (kiri), parti itu juga memacu ke arah memainkan peranan lebih aktif dalam halatuju kerajaan negeri melalui penglibatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Sejak dua tahun terakhir, ADUN, ahli parlimen PKR dan ahli parti menunggu untuk memberikan sumbangan tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana pihak negeri tidak mahu menggunakan (khidmat) kami.
"(Tapi) pengarah GLC tidak dibayar, dan diberikan elaun berdasarkan prestasi, jadi saya dapati sukar untuk melihat bagaimana seseorang itu boleh dianggap korup di sini," katanya.
Sementara itu, perkembangan terbaru tersebut mungkin memaksa Khalid menerima desakan pengkritiknya.
Ini menimbulkan persoalan mengenai model perkongsian kuasa dalam kerajaan Selangor - satu kerjasama antara PKR dan DAP - yang mempunyai hampir sama banyak wakil rakyat dalam kerajaan negeri.
Manakala naib presiden PKR, Azmin Ali menafikan beliau menjadi ketua kudeta kumpulan 15 ahli parlimen tersebut, para pemerhati melihatnya sebagai tanda semakin buruknya hubungan beliau dengan Khalid, yang turut menjejaskan imej parti.
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mungkin terasa bahang daripada dakwaan berlakunya pergeseran dalaman parti, dengan para pemerhati menganggapnya sebagai satu kecacatan dalam kepimpinannya.
Bagaimanapun, bertentangan dengan pendapat umum, Yusmadi menegaskan bahawa parti itu "tidak berpecah", tetapi hanya berdepan dengan "isu pengurusan".
Menurutnya, adalah tidak masuk akal untuk mengharapkan sebuah organisasi baru (seperti PKR) tidak mempunyai masalah seperti itu. 
'Mesej saya kepada masyarakat ialah supaya bersama kami dan terus menyokong kami kerana masalah ini boleh diatasi," katanya. Berita asal
Sent from my iPad
Laman web rasmi UMNO, Umno Online, melaporkan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dijangka menyerahkan borang keahlian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.
Akhbar itu juga melaporkan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd. Rauf Yusof mengumumkan khabar gembira itu semasa merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bukit Bintang Sabtu lalu.
Dilaporkan satu majlis ringkas penyerahan borang keahlian berkenaan akan diadakan sebelum bermulanya mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang dijadualkan kira-kira pukul 8 malam ini.
Kita tunggu ada betulkah tiada betul.
LovePerak : Orang berduyun-duyun lari dari gerombolan tapi asri nak peluk gerombolan pulak kah kah kah. Harap-harap dapat keluarkan fatwa dengan ikhlas dan benar tanpa arahan mat monggol dan bik mama.
Sent from my iPad
Jom Mengenali 10 Orang Terkaya Malaysia secara Dekat
Posted by Love Perak | Friday, June 25, 2010 | 0 comments »Oleh: dewa 1. VINCENT TAN LELAKI KONTROVERSI dengan aset $1.6  billion ni berusia 58 tahun, sudah berkawin malah mempunyai 11 orang  anak. Hebat juga. Biasanya orang Cina anak satu atau dua saja. BERJAYA  GROUP miliknya menguruskan Starbucks, papa John's Pizza dan Wendy's, dan  banyak lagi. Vincent ini memiliki banyak aset di Vietnam dan  Jepun. Merupakan pemilik kepada Friendster.com. Selepas kecoh-kecoh  dengan isu judi bola, Vincent telah menjual pegangannya dalam syarikat  judi Ascot Sports, kepada syarikat Berjaya Sports, yang juga miliknya,  kui kui. Kasih sayang yang kuat dan jitu antara UMNO dan beliau  pastilah menyumbang kepada kejayaan tauke judi ini. Akhbar melaporkan  bahawa beliau telah menyumbang dan menaja 11 pilihanraya kecil UMNO-BN  yang terkini. Wow. 2. SYED MOKHTAR ALBUKHARI Umur sekitar  58, sebaya dengan Vincent Tan. Anak ada 5, kurang 6 orang banding dengan  Vincent Tan. Takpe, teruskan berusaha.   Bekas pedagang  beras masyhur ini menjadi kaya khususnya melalui Malaysia Mining Corps  (MMC). Terlibat menguruskan pelabuhan dan airport di Johor selain  memiliki pegangan di Malakoff.    Syarikat Tradewinds nya  telah berjaya mengambil alih Padiberas Nasional. Turut memiliki Harrods.  Antara sumbangan besar ialah Muzium Kesenian Islam Malaysia.  Semoga  Allah berkati perniagaanya dan sinari hatinya dengan sinar iman. 3.  TIONG HIEW KING Umur sudah 75. Anak ada 4. Memiliki RIMBUNAN  HIJAU yang menguruskan ladang kelapa sawit, pembalakan dan hartanah di  New Zealand, Malaysia dan Papua New Guinea. Variasi sungguh. Turut  memiliki Media Chinese International dan 6 akhbar serta 30 majalah di  Amerika Utara, Asia Tenggara dan China. Sedang berusaha menjual pegangan  di EON kepada Hong Leong. 4. YEOH TIONG LAY $2.5 billion.  Sudah 80 tahun umurnya . Anak ada 7. Pengasas YTL Corp. Berjaya  mengambil alih Macquarie Group (Australia) yang memiliki banyak hartanah  di Malaysia dan Singapura. Turut memiliki PowerSeraya, power generator  kedua terbesar di Singapura. Meskipun gitu, kebanyakan urusan  dibuat oleh anak sulungnya Francis dalam 2 dekad kebelakangan ini.  5.  TEH HONG POIW Umurnya sebaya dengan Yeoh Tiong Lay, 80 tahun .  Asetnya dalam $3.8 billion. Bekas kerani bank ini telah mengasaskan  Public Bank pada tahun 1966 hasil duit simpanan dan keuntungan dari jual  beli hartanah. 6. QUEK LENG CHAN Junior dalam 10 tahun  berbanding dengan Teh Hong Piow dan Yeoh. Umurnya dalam 69 tahun. Anak  ada 3. Aset utamanya ialah Guoco Group di Hong Kong. memiliki Hong Leong  Bank. 7. LEE KIM HUA Tidak ada kena mengena Kim Jong Ill di  Korea Utara, kui kui. Umurnya 81 tahun. Ada 6 anak. Balu kepada Lim Goh  Tong, pemilik casino Genting ini memiliki saham-saham Genting yang  meningkat lebih 50% hasil sokongan padu UMNO kepada industri judi  negara. 8. LEE SHIN CHENG aSET DALAM $4.6 BILLION. uMUR 71.  aNAK 6. ketua IOI, pemilik rangkaian ladang kelapa sawit. 9.  ANANDA KRISHNAN Aset dalam $8.1 billion. Umur 72. Anak 3. Bekas  pedagang minyak yang memiliki Maxis. Turut memiliki Astro. Dengan sikap  rakyat Malaysia yang paling suka berseronok-seronok dan berhibur, tak  pelik jika beliau menjadi orang kaya nombor 1 nanti. 10. LELAKI  TERKAYA: Robert Kuok Aset saja sudah $12 billion. Umur 86 tahun,  anak baru lapan. Asetnya bertambah $3 billion baru-baru ini.  Pemilik syarikat minyak kelapa sawit, Wilmar International. Baru baru  ini menjual pegangan dalam syarikat gula, Jerneh Insurance dan  tanah-tanahnya di KL. Kebanyakan masa diluang di Hong Kong, sama seperti  penulis, kui kui. KEPADA PAS dan Pakatan, eloklah sekiranya PAS  dan Pakatan berusaha melahirkan generasi pelapis yang kuat kewangan  mereka agar boleh boleh membantu perjuangan Islam. Contohnya,di zaman  Nabi, AbdulRahman Bin Aus dan Saidina Osman antara orang kaya yang  sentiasa menyumbang kepada Islam. Pakatan sewajarnya mengadakan  institusi untuk monitor dan membantu pedagang-pedagang Islam khususnya  dengan mengadakan seminar seminar, mengajar kaedah berniaga yang betul,  memberi bantuan sokongan atau support apabila mereka menghadapi masalah  besar. Ini bukan soal mentaliti tongkat atau subsidi seperti yang  dijaja oleh UMNO. Orang bukan Islam khususnya Cina mempunyai sejarah  yang lama sebagai kaum peniaga. JANGAN LUPA, dalam karya sejarah  Tome Pires, beliau menceritakan betapa kaum Melayu sewaktu zaman  kesultanan Melaka merupakan pedagang dan peniaga yang sangat berjaya  sehinggakan hampir setiap keluarga Melayu memiliki bot atau kapal mereka  sendiri. SESUDAH dijajah selama 400 tahun lalu diperintah oleh  UMNO, orang Melayu hilang budaya berniaga. Segelintir peniaga Melayu  yang ada pun turut ditindas dengan teruk oleh UMNO sekiranya mereka  menzahirkan bahawa mereka PAS atau Pakatan. Sokongan UMNO hanyalah untuk  kroni-kroni mereka yang berniaga cara alibaba sahaja. Bak kata  Tok Guru: PERGI JAHANAM DENGAN UMNO.. sumber: Forbes Asia Jun  2010, wikipedia
" Artikel panjang ini membincangkan  kisah 10 lelaki terkaya di Malaysia dari Vincent Tan yang memiliki $1.6  billion sehinggalah kepada Robert Kuok yang memiliki $12 billion. Wow!  Banyak duit tuh. Patutlah UMNO melutut di kaki tauke judi nih, kwah  kwah.
Artikel panjang ini membincangkan  kisah 10 lelaki terkaya di Malaysia dari Vincent Tan yang memiliki $1.6  billion sehinggalah kepada Robert Kuok yang memiliki $12 billion. Wow!  Banyak duit tuh. Patutlah UMNO melutut di kaki tauke judi nih, kwah  kwah.
From Israel With Love
Posted by Love Perak | Thursday, June 24, 2010 | Israel, Raja Petra | 0 comments »Baca pendedahan Raja Petra di bawah... sah.. Malaysia dan Israel.. bagai suami isteri... saling bercinta....

No, I am not anti-Israel. And I am certainly not anti-Jew. But I am anti-hypocrisy, especially when perpetuated by the Malaysian government. When Anwar Ibrahim raised the issue of APCO they made a move to suspend him from Parliament. Maybe Anwar can now look into Ness and raise it in Parliament and see what the government has to say about the matter.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Ness TSG (Technologies and Systems Group)
The main business of Ness is in intelligence, telecommunications, defence and homeland security

The Global HQ is in Tel-Aviv
http://ness.com/Global/Pages/GlobalSite.aspx

Ness in the United States
http://www.ness.com/Global/Company/locations/Pages/About-Ness-US.aspx

Ness in Malaysia
http://wwwprod.ness.com/GlobalNess/Locations/Ness+Malaysia/


Apabila Telor Sudah Tiada, Komik pun jadi Ancaman Negara!
Posted by Love Perak | Thursday, June 24, 2010 | 0 comments »kah kah...apa punya badigol so'ot...kat luar negara tak pernah komik tibai pemimpin politik diharamkan... malaysia boleh... hidup umno.. kerat telor buang lagi bagus...kah kah kah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharam buku terbitan Malaysiakini  oleh kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali  sebagai Zunar, mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
|  | 
Ketua setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.
"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.
"Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," katanya.

KUALA LUMPUR, 24 Jun 10:Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang disebut-sebut akan menyertai Umno esok, dipercayai telah mengubah fikiran ekoran perkembangan semasa yang dirinya dikaitkan dengan fahaman wahabi dan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Sumber yang rapat dengan beliau mengesahkan kepada The Malaysian Insider hari ini bahawa Asri telah mengubah fikiran dua hari lalu untuk tidak menyertai parti utama Barisan Nasional (BN) itu buat masa sekarang.
“Mengambil kira laporan dan dakwaan bahawa Dr Asri mengamalkan fahaman wahabi dan ada kaitan dengan kumpulan JI, beliau memutuskan ini bukan masanya untuk menyertai Umno... beliau agak kecewa dengan apa yang berlaku sejak awal minggu ini,” kata rakan Asri ketika dihubungi.
Bagaimanapun sumber itu menambah, perbincangan antara Asri dengan kepimpinan Umno akan diteruskan.
“Ruang perbincangan belum ditutup,” kata sumber itu.
Jadual Ceramah Mansuh Judi di Seluruh Negeri Perak
Posted by Love Perak | Thursday, June 24, 2010 | 0 comments »
Selepas Badan Perhubungan Umno Johor dan Perak, Pergerakan Pemuda Umno  hari ini secara rasmi membantah cadangan kerajaan untuk mengeluarkan  lesen judi pertaruhan sukan di negara ini.
|  | 
"Setelah hampir beberapa minggu kita meminta pandangan daripada ahli-ahli akar umbi dan (menyaksikan) usaha yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membanteras sedikit sebanyak gejala judi ini melalui penguatkuasaan keras dalam seminggu ini, kita rasa bahawa dalam isu lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini, Pemuda Umno membuat pendirian bahawa kita membantah sekiranya kerajaan mahu keluarkan lesen tersebut.
"Kita berharap apa yang kita dengar dalam berita iaitu kenyataan yang dibuat oleh pihak swasta bahawa kerajaan telah bersetuju (mengeluarkan lesen) adalah tidak benar. Kita berharap kerajaan tidak mengeluarkan lesen tersebut," katanya.
Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Tawau, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, di Tawau hari ini.
Khairy berkata judi merupakan gejala tidak baik dalam mana-mana masyarakat termasuk dalam masyarakat bukan Islam sendiri.
|  | 
"Mereka pun berpendapat mengapa kita menggalakkan perkara ini (judi) dengan memberi pengesahan dengan memberi lesen. Jadi daripada sudat pandangan mana-mana budaya atau kaum di Malaysia ini, mereka tidak setuju, lebih-lebih lagi untuk orang beragama Islam," katanya.
Walaupun ada pandangan yang menyatakan bahawa lesen judi berkenaan hanya untuk masyarakat bukan Islam, namun kata Khairy pandangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang sangat menentang judi perlu diambil kira dalam isu itu.
Selain itu, Khairy berkata alasan bahawa jika lesen judi pertaruhan bola berkenaan tidak dikeluarkan akan menyebabkan judi haram berleluasa dan tidak dapat dikawal tidak dapat diterima kerana PDRM membuktikan mereka berjaya membanteras beberapa kegiatan pertaruhan bola sejak bermulanya kejohanan bola sepak Piala Dunia.
"Apabila melihat kedua-dua hujah ini, kita dapati sudah tiba masa kita membuat pendirian secara terbuka berhubung isu ini. Jadi pada hari ini kita rasa terpanggil untuk memaklumkan kerajaan tentang pendirian Pemuda (Umno)," katanya.
Ariel Peterpan Dihukum Rejam Sampai Mati?
Posted by Love Perak | Thursday, June 24, 2010 | 0 comments »
KUALA LUMPUR: Selepas Johor, hari ini Badan Perhubungan Umno Perak membuat ketetapan yang sama bagi menolak sebarang bentuk perjudian termasuk judi sukan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pendirian itu dibuat berdasarkan maklum balas daripada pelbagai lapisan masyarakat negeri itu yang mahu kerajaan menghentikan cadangan pengeluaran lesen pertaruhan judi.
"Sebagai mewakili sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair, Umno Perak mengambil pendirian menolak cadangan untuk memberikan lesen perjuadian ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu pemberian lesen itu masih belum dimuktamadkan dan mengalu-alukan pendapat semua pihak mengenai perkara tersebut.
Selain itu Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata, bantahan berkenaan juga bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu menggunakan isu berkenaan sebagai modal 'politik benci' terhadap kerajaan.
"Tindakan pihak tertentu yang cuba memanipulasikan isu untuk dijadikan modal 'politik benci' dan mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan perlu dihentikan segera," katanya.
Katanya lagi, Umno Perak mengambil pendirian berkenaan juga adalah berdasarkan prinsip agama dan diikuti oleh keresahan rakyat yang tidak selesa dengan desakan pihak tertentu untuk memaksa kerajaan mengeluarkan lesen judi.
"Adalah diharapkan agar kerajaan dapat membatalkan hasrat yang dikemukakan oleh mana-mana pihak untuk meluluskan pengeluaran lesen judi," katanya.
Jeng Jeng Jeng Pilihanraya Mengejut Sarawak?
Posted by Love Perak | Wednesday, June 23, 2010 | 0 comments »
 KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) Sarawak  dikatakan akan bermesyuarat pada hujung minggu ini yang segera  menimbulkan spekulasi bahawa kerajaan negeri mula bersiap sedia bagi  kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal sebelum penggal  sekarang berakhir pada Julai tahun depan.
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) Sarawak  dikatakan akan bermesyuarat pada hujung minggu ini yang segera  menimbulkan spekulasi bahawa kerajaan negeri mula bersiap sedia bagi  kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal sebelum penggal  sekarang berakhir pada Julai tahun depan.
Beberapa pemimpin BN mengesahkan bahawa satu  mesyuarat akan diadakan hujung minggu ini.
Namun mereka menutup mulut tentang agenda  mesyuarat.
"Ya, kami  akan bermesyuarat munggu ini, tetapi ia bukan untuk liputan media," kata  seorang pemimpin negeri.
Namun sumber parti memberitahu, mesyuarat itu akan memfokuskan  kepada persediaan ke arah kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri  pada tahun ini, selepas Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) iaitu parti  terbesar dalam komponen BN Sarawak, selesai berkampung atau melakukan  retreat di Mulu yang bermula Isnin lalu dan berakhir Jumaat ini.
PBB memiliki 34 kerusi Dewan Undangan  Negeri (DUN) diikuti oleh Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sebanyak  11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebanyak sembilan kerusi dan Parti  Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sebanyak lapan kerusi.
Hanya SUPP dan PRS hilang kerusi DUN kepada  pembangkang dalam pilihan raya negeri terakhir sebelum ini pada 2006  sementara PBB dan SPDP menang semua kerusi.
SUPP diperuntukkan 19 kerusi, tetapi hilang  lapan kerusi terutama kepada DAP sementara PRS yang diperuntukkan 10  kerusi, kalah kerusi Ngemah kepada Bebas.
Sarawak mempunyai 71 kawasan DUN.
Sejak akhir-akhir ini timbul cakap-cakap  bahawa pilihan raya DUN mungkin diadakan tahun ini juga walaupun BN baru  sahaja tewas dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Sibu di mana  calon SUPP gagal mempertahankan kerusi tersebut setelah tewas kepada  calon DAP.
Cakap-cakap  itu menjadi lebih hangat diperkatakan selepas Ketua Menteri dan  Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada minggu lalu berkata  bahawa "beliau telah memutuskan pilihan raya negeri akan datang akan  diadakan pada `satu hari Sabtu' tanpa mengulas lanjut maksudnya itu  kepada pihak media.
Namun  beliau menolak spekulasi bahawa pilihan raya akan diadakan pada bulan  Oktober berikutan terdapat beberapa pendapat dari pakar feng shui bahawa  angka 10/10/10 atau 10 Okt 2010, merupakan satu hari Ahad yang sesuai  untuk diadakan pilihan raya negeri Sarawak.
Sudah pasti ramai pihak yang  menunggu-menunggu hasil mesyuarat pada hujung minggu ini.
BERNAMA
Setpol MB Khalid letak jawatan, dijangka dapat Jawatan dalam PKR
Posted by Love Perak | Wednesday, June 23, 2010 | 0 comments »Pejabat Menteri Besar Selangor membuat pertukar berikutan perletakan  jawatan setiausaha politik Tan Sri Khalid Ibrahim - Nik Nazmi Nik Ahmad,  berkuatkuasa 1 Julai ini.
|  | 
Adalah dipercayai beliau akan diberikan jawatan dalam PKR.
Tempat Nik Nazmi akan digantikan oleh Faekah Husin, setiausaha politik kepada presiden PKR.
Peguam lulusan Universiti Malaya ini berkhidmat kepada Datuk Seri Wan Azizah sejak 2003 dan masih menyandang jawatan berkenaan sehingga tempatnya diganti.
Belia
|  | 
Pelantikan itu diumumkan Khalid semasa majlis bersama media di Shah Alam, semalam.
Beliau juga mengumumkan bahawa Badrul Amin Baharon akan dinamakan sebagai ketua penerangan baru kerajaan negeri.
Sementara itu, Nik Nazmi dalam ucapannya menafikan wujudnya pergeseran antara beliau dan Khalid.
“Saya menganggap beliau seperti bapa saya sendiri,” katanya.
Dr Asri Perlu Sertai UMNO Untuk Mendapat Perlindungan?
Posted by Love Perak | Wednesday, June 23, 2010 | 1 comments »Ketika Dr Mohd Asri Zainul Abidin masih berteka-teki berhubung ura-ura  penyertaannya dalam parti politik, ada pihak pula melihat tindakan bekas  mufti Perlis itu untuk menyertai Umno adalah perlu bagi mendapatkan  'perlindungan' politik.
|  | 
Malahan, menurut sumber-sumber, serangan berterusan daripada ulama yang anti-Wahabi daripada beberapa agensi agama kerajaan menyebabkan kumpulan tersebut terdesak mengambil tindakan drastik itu.
Tambahan lagi, laporan laman Umno Online berhubung 'hasrat' Dr Asri itu yang dibuat seminggu selepas beliau tampil di muktamar PAS di Kota Bharu mengejutkan banyak pihak.
|  | 
Isu ini disemarakan lagi dengan pendedahan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pada minggu lalu bahawa seramai 10 warga asing ditahan dan dihantar pulang ke negara masing-masing sejak awal tahun ini kerana disyaki menjalankan operasi Jemaah Islamiah (JI) -- yang dikaitkan dengan terorisme.
'Lingkaran' Dr Asri, Wahabi, JI
Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan di Bukit Aman malam Isnin lalu yang melibatkan pegawai tertingginya diberikan penerangan tentang 'hubungan' Dr Asri dengan Wahabi, JI dan beberapa lagi pemimpin politik negara.
Difahamkan juga Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zin didakwa memberikan penjelasan itu kepada pegawai yang hadir.
|  | 
|  | 
Bagaimanapun, difahamkan pembentangan Zamihan itu turut mengundang rasa gelisah di kalangan pegawai yang hadir.
"Kami tidak mahu perkara ini bertukar kepada usaha pemburuan (pihak tertentu)," kata sumber yang hadir dalam program penerangan tersebut.
Difahamkan pada majlis yang dipengerusikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu, polis cuba menjelaskan ancaman JI terhadap Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Lagi pertemuan Umno-ulama
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan difahamkan Umno, diketuai setiausaha kerjanya Datuk Ab Rauf Yusoh sekali lagi mengadakan pertemuan dengan Dr Asri petang Isnin lalu di sebuah tempat yang tidak dinamakan di Lembah Klang.
Seorang ulama yang hadir pada pertemuan itu memberitahu, pertemuan dengan Ab Rauf dengan kira-kira 20 ulama itu bertujuan membincangkan mengenai pendirian mereka untuk menyertai Umno.
Bagaimanapun, tambahnya, setakat ini ramai yang masih lagi belum membuat keputusan sama ada untuk memasuki Umno ataupun tidak.
“Dalam perbincangan itu, Dr Asri memerlukan masa bagi berfikir untuk menyertai Umno," katanya.
Sumber berkenaan bagaimanapun menafikan mereka mahu mendapatkan 'perlindungan' dengan menyertai parti Melayu itu agar tidak dikaitkan dengan JI.
"Kalau masuk Umno untuk selamatkan diri, (tetapi) orang yang langgar undang-undang, (pasti) kena juga (tindakan udang-undang)," katanya.
Menurut sumber itu, tindakan mengaitkan Wahabi dengan JI adalah isu yang lama. Justeru, beliau tidak faham kenapa ia ditimbulkan kembali.
Gempar!! Obama adalah Osama Bin Laden?
Posted by Love Perak | Wednesday, June 23, 2010 | 3 comments »
sila saksikan video ini, kemudian sila komen di bawah.
| he he he peluang cerah buat AP  PR...cuba heret keluar pulak siSpeaker Buruk di dewan rakyat..Pandikar  Amin....kerana mahkamah dgn jelas memutuskan bahawa  badan kehakiman tidak boleh   mempersoalkan  kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri   seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan.  ada can  kunci pendikar amin dalam jamban Parlimen.. oleh infotambahan.blogspot Mahkamah mahkamah..betul betul dah jadi 1KARTUN DI NEG 1MALAYSIA.. Speaker lawan speaker: Rayuan Sivakumar ditolak | |
| 
 | 
|  | 
Panel hakim itu bagaimanapun tidak memberikan alasan mereka membatalkan saman ADUN Tronoh itu. Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak saman Sivakumar menuntut pampasan dan ganti-rugi daripada Ganesan kerana mengarahkan serangan dan penahanan tidak sah terhadap dirinya. Hakim Mahkamah Tinggi Azahar Mohamed memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan. Azahar dalam mengugurkan saman tersebut berkata hal-ehwal perlantikan dan perlucutan Speaker harus dikaji, dibahas dan diselesaikan dalam dewan legislatif dan bukan di mahkamah.
Dalam perbicaraan hari ini, peguam Sivakumar, Chan Kok Keong, berkata perkara yang dikemukakan dalam saman itu boleh dibicarakan bagi menentukan sama ada peristiwa yang didakwa Sivakumar sebagai serangan dan salah penahanan beraku semasa persidangan DUN adalah arahan bagi Ganesan untuk dilindungi uminiti.
Beliau berkata pemilihan Ganesan dan tindakan untuk menyingkirkan Sivakumar dilakukan di luar persidangan dewan kerana ia dilaksanakan sebelum Raja Muda Perak menyampaikan titah ucapan perasmian. Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, peguam Ganesan, berkata anak guamnya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Speaker yang sah mengikut kuasa diberikan kepadanya mengikut Perlembagaan Perak, Peraturan Mesyuarat dan amalan persidangan. Katanya pada hari ini, DUN telah menyelesaikan isu penyingkiran Sivakumar dengan sokongan majoriti 31 wakil rayat dan kemudiannya melantik Ganesan sebagai Speaker. Firoz berkata selepas Ganesan dilantik sebagai Speaker baru, beliau mengarahkan Sivakumar supaya kembali di tempat duduknya tetapi Sivakumar enggan menyebabkan Ganesan mengambil tindakan bagi memindahkan Sivakumar daripada tempat duduk Speaker. 




 
 












