http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

UPDATE: Saiful Apek ditahan Polis

Posted by Love Perak | Sunday, June 13, 2010 | 0 comments »

Saiful Apek @ Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41pelakon merapu ditahan polis bersama lima rakannya ekoran dakwaan penyalahgunaan dadah. Mereka semua ditahan dirumah kediaman Saiful kira-kira pukul 10 malam semalam.

Adoiyai ape cerita lu ni apek. Lu isap-isap ka?

Apapun kita tunggu berita seterusnya.

UPDATE

Saiful Apek

PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini," katanya kepada mStar Online sewaktu dihubungi di sini hari ini.

Apek terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).

0 comments

There was an error in this gadget