http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Rakyat Sabah Berani Buat Perubahan Tukar Umno-BN Pada PRU 13

Posted by Love Perak | Saturday, June 05, 2010 | 0 comments »

Oleh Halik Zaman

KOTA KINABALU 5 Jun - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata ahli Parlimen yang melompat dan meninggalkan KEADILAN sebagai anggota Bebas adalah individu yang mempunyai masalah peribadi dan kecewa serta tidak sanggup jatuh bangun bersama perjuangan parti.

Menurut Nurul Izzah mereka juga adalah daripada golongan pemimpin yang sanggup mengkhianati kepercayaan rakyat yang diberikan kepada mereka mewakili KEADILAN.

Justeru itu beliau menegaskan ketiadaan kelompok yang telah membelot ini dalam KEADILAN sebagai satu hikmah kepada semua ahli parti yang setia.

"Pada kami di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, untuk menukar kerajaan daripada Umno-Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat bukan suatu perkara yang sudah diduga, ia bagi kami adalah suatu yang luar biasa, diluar jangkaan tetapi kerana rakyat di negeri-negeri tersebut sudah muak dengan kerajaan Umno-BN maka perubahan pun dilakukan oleh rakyat sendiri dalam PRU ke-12 yang lalu," tegas Nurul Izzah pada majlis makan malam anjuran KEADILAN Cabang Putatan semalam.

Katanya, Pakatan Rakyat mempelajari daripada rakyat Sabah yang mempunyai pengalaman luas menukar kerajaan Usno-BN kepada Berjaya-BN dan kemudianya PBS dan kini Umno-BN.

"Tidak ada sebab mengapa rakyat tidak boleh tukar kerajaan Umno-BN kepada Pakatan Rakyat di Sabah kerana Umno-BN di Semenanjung dan Sabah sama sahaja jenamanya?" sindir Nurul Izzah sambil tersenyum.

Ahli parlimen muda itu menjelaskan pemimpin dalam Umno-BN kini berantakan sama sendiri dan akibatnya mereka sudah saling tidak percaya antara satu sama lain.

Malah kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga sering dipertikaikan oleh ahli Umno sendiri kerana pimpinannya tidak dinamik, ekonomi negara terus menjunam dan subsidi untuk rakyat bakal dihapuskan.

"Bahananya rakyat akan rasa dalam beberapa bulan lagi. Ketika itu rakyat akan tanya diri sendiri pada siapa yang perlu diundi kalau bukan Pakatan Rakyat?" kata beliau.

Seorang lagi tokoh politik muda, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia yang hadir pada majlis makan malam itu berkata Najib berbangga melaungkan bahawa Sabah dan Sarawak merupakan satu simpanan tetap atau 'fixed deposit' buat Umno-BN atas andaian walau tsunami politik hebat bergelora di Semenanjung, namun rakyat kedua negeri itu akan tetap berdiri teguh di belakang Umno-BN.

"Namun “tilikan” PM 1Malaysia nampaknya mulai kurang bersinar dengan kekalahan di pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini. Pada hal Sibu adalah kubu kuat Barisan Nasional yang didakwa sebagai "fixed deposit".

"Sikap angkuh Umno-BN memang merupakan satu tradisi turun-temurun walaupun mereka tahu bahtera Umno-BN kemegahan mereka sedang meniti hari-hari kiamatnya, hanya menunggu hari Umno-BN akan "lebur terkulai layu" sahaja. Namun untuk menyedapkan hati masing-masing, maka Umno-BN berusaha gigih mewar-warkan cerita dongeng yang Pakatan Rakyat sedang pecah-memecah pada hal kerosakan dalaman Umno-BN yang kian condong menyembah bumi," kata Nik Nazmi.

Turut hadir termasuk Ketua Cabang Putatan, Ahmad Sah Sahari yang berharap semangat Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan politik yang sangat didambakan rakyat Sabah.

0 comments