Pemuda DAP: Sebab kami bantah lesen judi sukan
KUALA LUMPUR, 6  Jun — Sayap Pemuda DAP tetap dengan pendirian menyokong usaha mana-mana  pihak termasuk Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), yang membantah  kerajaan meluluskan lesen judi sukan atas alas an langkah itu akan  memberi impak negatif kepada masyarakat khususnya generasi muda.
Ketuanya,  Loke Siew Fook berkata pendirian pihaknya tetap sama iaitu membantah  kelulusan judi sukan dan akan menyokong mana-mana pihak yang membawa  matlamat yang sama.
“Kita akan menyokong mana-mana pertubuhan  yang mempunyai objektif sama iaitu membantah kelulusan lesen judi sukan.
“Pendirian  kita tetap sama iaitu membantah kelulusan lesen judi sukan dan kita  tidak sama sekali bersetuju dengan keputusan kerajaan itu.
“Ini  kerana kelulusan lesen judi sukan akan menggalakkan lagi aktiviti judi  sedangkan sudah terlalu banyak lesen judi yang dikeluarkan.
“Mengapa  mesti hendak tambah lagi?” katanya.
Walaupun beliau mengakui  sejumlah besar masyarakat Cina terlibat dengan aktiviti perjudian,  tetapi itu tidak bermakna mereka bersetuju dengan keputusan terbaru  kerajaan pusat.
“Saya percaya mereka juga mahu kerajaan mengawal  dan mengurangkan aktiviti perjudian sedia ada sekarang, bukannya  menambah bilangan (lesen pertaruhan),” katanya ketika dihubungi The  Malaysian Insider hari ini.
Hasil pungutan suara kendalian The  Malaysian Insider baru-baru ini juga menunjukkan majoriti golongan muda  daripada kalangan semua kaum utama negara ini membantah tindakan  tersebut.
Hampir 77 peratus responden yang ditemui berpendapat  bahawa kerajaan tidak wajar melesenkan pertaruhan sukan. Hanya 23  peratus yang bersetuju dengan langkah itu.
Peratusan dua pertiga  membantah itu membabitkan pendirian responden Melayu dan Cina manakala  seratus peratus responden golongan muda India tidak bersetuju sama  sekali dengan langkah kerajaan itu.
Nota : sekurang-kurangnya pemuda DAP lebih baik daripada pemuda Umno
¡Hola mundo!
9 years ago
 

 
 













0 comments
Post a Comment