Oleh : Anak Sungai Derhaka
Air Mata Plastik ialah satu istilah yang pernah digunakan dalam filem yang berjudul 'Kembara Seniman Jalanan' yang pernah ditayangkan dipawagam pada sekitar penghujung 80an kalau tak silap aku.. Maksudnya ialah seperti Bunga Plastik, ianya kelihatan seperti bunga sebenar walaupun ianya adalah palsu, begitulah juga dengan Air Mata Plastik ini, kelihatan seperti benar hakikatnya ianya adalah palsu. Ianya terhasil dari lakonan..
Air mata Plastik.. Itulah jenis air mata yang mengalir keluar dari mata Bini Najib, Rosmah Mansor yang kononnya sangat tersentuh dan naluri keibuannya bila membicarakan tentang sembilan orang rakyat Turki yang terbunuh akibat kekejaman Regim Zionis.
Beliau dirakamkan mengesat air mata oleh jurugambar dari Bernama yang berada di rumah Duta Turki ke Malaysia Serap Attay di Langgak Duta dimana Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia sebanyak AS$45,000 (RM149,709) kepada keluarga sembilan rakyat Turki yang dibunuh tentera Israel dalam insiden kapal 'Mavi Marmara' minggu lepas.
Rosmah Mansor seorang isteri Perdana Menteri yang penuh penuh dengan naluri keibuan menangis bila mengenangkan nasib para sukarelawan yang terbunuh ditangan Komando Israel itu. Beliau dikatakan penuh dengan naluri seorang ibu walaupun beliau tidak datang menjenguk cucu sendiri yang baru dilahirkan..
Menangis konon… tak perlu nak berpura-pura simpati terhadap mangsa yang terbunuh tu..
Jangan jadi HIPOKRIT!!
Kematian orang yang berada nun jauh di Turki yang dia sendiri tidak pernah kenal dia tangisi.. mereka yang dibunuh berada beribu-ribu batu dari Malaysia. Mereka yang dibunuh bukanlah mereka yang mengenali Rosmah dari kecil lagi..
Yang mengenali Rosmah sejak dari kecil lagi ialah Ibu Saudaranya sendiri iaitu Allahyarhamah Sofiah Katas, kematiannya akibat dibunuh secara kejam sewajarnya ditangisi Rosmah..
Tetapi kematian Ibu Saudaranya itu yang dibunuh dengan secara kejam bersama tiga yang lain bukan saja tidak ditangisi malah untuk menjenguk jenazah merekapun dia tidak sudi.. sedangkan jarak dari Kuala Lumpur ke Kampung Batang Rokan, Gemenceh, Negeri Sembilan itu tak sampaipun 200 Batu rasanya..
Demi meraih populariti Rosmah Mengalirkan Air Mata Plastik dihadapan kamera..
Berita pembunuhan sila baca di SINI.
Sumber yang mengatakan Allahyarhamah Sofiah Katas itu Ibu Saudara Rosmah sila baca di SINI..
Berita Rosmah tidak menjenguk cucu sendiri sila baca di SINI
LovePerak : hahaha...aku taktau nak komen ape la...cucu dan anak sendiri pun dibuang...naluri keibuan konon...hahaha
yang bukan tiruan atau plastik ialah jam berjenama besar dan mahal sekali,rakyat mampu melihat tapi tidak mampu memiliki.air mata rakyat melilih mengalir.kedua tangan menunjokkan cincin mutiara bertatah berlian bukan kaca atau plastik rakyat hanya boleh memiliki didalam mimpi,kerana perut wajib di isi denan air mata pedih keringat mengalir.melihat sinaran gerlipan anting anting dan kalong dileher,ibu mana tidak mengidamkan sentuhan berlian mutiara,hanya rosmah mampu memiliki semua dengan aliran air mata suka serta bangga untok ditonton rakyat semua segala kuasa yang ada.air mata rakyat?..oh!!..no..no.. tidak punyai jiwa dan makna.
menangis konon..mengapa kau menangis disini..pergi menangis disitu...cam cita 'ibu mertuaku' lak
Alahaiii...
Sedia la kononnya tu ye???
Kah kah kah...
Sedih jangan tak sedih.
Hari ni sedih, esok ajak abang jib gi jumpa APCO yahudi Laknatullah hilang la sedih tu.
Kah kah kah...
Buruk siku, ... no other comment from me!