http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Lesen GRO Menjadi Kenyataan!

Posted by Love Perak | Friday, June 11, 2010 | 0 comments »

Diambil dari Blog Cenangau Daun Kari

Perwakilan dari Wilayah Persekutuan yang juga perwakilan dari Labuan Hj Hamir bin Zahari, dedahkan satu benda yang amat mengejutkan.


Katanya di Labuah telah diluluskan lesen untuk GRO. Dia bagitau di Labuan ada 600 orang yang diberi lesen sebagai GRO. Dari 600 orang tu 300 akan bertugas di pulau dan lagi 300 standby di tanah besar.

Takdak pulak dia beritau detail pasai lesen GRO ni. Yang lagi penting perwakilan tu tak bagitau pihak mana yang keluarkan lesen ni.


Tapi dia bagitau satu kertas maklumat depa dah serahkan kepada Naib Presiden PAS, Hj Mahfuz untuk tindakan lanjut. Mungkin Hj Mahfuz bercadang nak bentangkan di Parlimen dalam masa terdekat ni.


Kalau la ni sangat heboh pasai lesen judi sukan, rupa-rupanya kita terlepas pandang dengan satu lesen yang tak kurang celaka berbanding lesen judi.


Memang dari segi istilah takdak apa sangat denga GRO atau lagi sedap kalau istilah dalam bahasa melatu, Pegawai perhubungan Pelanggan. Tapi realitinya GRO ni menggambarkan pekerjaan yang bergelumang dengan minuman keras dan pergaulan bebas, dan di Malaysia ni kalau kata GRO orang akan faham lebih kurang macam pelacur, mungkin sikit bawah ja dari pelacur.


Apa nak jadi la Malaysia ni. dari sehari ke sehari makin pelik. Lesen arak dah ada, lesen judi dah ada, lesen GRO pun dah ada. lesen apa lagi depa nak bagi lepas ni?

0 comments