http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Jamaah Islah Malaysia (JIM) kata Najib "Pendek Akal"

Posted by Love Perak | Saturday, June 05, 2010 | 2 comments »

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menyifatkan mereka yang meluluskan lesen judi kerana mahu menyekat aktiviti 'judi haram' adalah golongan `pendek akal’.

Setiausahanya, Nahar Mohd Noor berkata, bukan caranya untuk ‘menghalalkan’ judi dengan mengeluarkan lesen judi.

Beliau berkata, jika demikian kemungkinan pelacuran dilesenkan untuk menghalalkannya.

“Orang pendek akal melakukan demikian,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada Pelancaran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di hadapan sebuah kompleks membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, petang ini.

(Gambar: Azmi turut mengedarkan risalah GMJ kepada anggota polis yang berkawal di situ.)

Turut berucap ialah Pengerusi GMJ, Mohd Azami Abdul Hamid dan wakil sebahagian daripada 21 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai gerakan itu.

Mereka turut menyebarkan risalah mengenai Himpunan 100,000 Rakyat Membantah Judi Sukan yang akan diadakan pada 3 Julai ini untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Nahar menegaskan bahawa perkara yang buruk dan haram seperti judi tidak boleh diatasi dengan cara memberi lesen.

Katanya lagi, tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia akan menyebabkan rakyat terus terperangkap dengan ketagihan judi.

Menurutnya, kajian menunjukkan mereka yang terperangkap dengan kes along kerana terlibat dengan perjudian.

Berucap pada majlis yang sama, Setiausaha Abim, Rahimi Abdul Rahman pula melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana bantahan rakyat terhadap judi sukan itu tidak disambut oleh media arus perdana.

Sehubungan itu, beliau berharap media arus perdana turut memainkan peranan untuk membantah kelulusan lesen judi itu bagi menyedarkan masyarakat.

2 comments

  1. Anonymous // June 5, 2010 at 9:37 PM  

    vincent tan sanggup derma 525 juta hasil judi bola. berapa beliau untung tentu berbilion ringgit. jadi tanpa lesen adakah hasil berbilion ini nak dibolot oleh cina tanpa cukai. tauke judi mari melabur di malaysia judi free tax. isu judi ni ada 2 cara sahaja haramkan semua judi atau lesenkan semua judi. tak ada separuh separuh. pas ada peluang sekarang cuba suarakan kepada semua kerajaan negeri bawah PR haramkan semua jenis judi baru buat demo. jangan bersifat selective. ini tak LGE heboh penang haramkan judi bola, cuba haramkan semua judi ada beranikah? zionist cukup suka masyarakat yang berdemo kerana itu harapan mereka kerana demo dapat melumpuh sesuatu ekonomi samada kecil atau besar. apa yang zionist takut ialah mereka yang protest zionist cara senyap seperti boikot berkekalan barangan zionist.

  2. Anonymous // June 6, 2010 at 6:42 PM  

    yang pelik lepas penat berdemo bantah yahudi makan minum kat mcD dan starbuck. baik tak payah demo.