Kerajaan Umno memang suka bersandiwara dan cakap tak serupa bikin berhubung lesen judi sukan bola sepak yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan kepada Ascort Sports Sdn Bhd. Mereka hanya memikirkan keuntungan tanpa melihat implikasi buruk yang bakal dihadapi masyarakat dengan gejala sosial tersebut. Hari ini Malaysian Insider melaporkan bahawa taikun judi, Tan Sri Vincent Tan telah dapat kelulusan untuk lesen pertaruhan sukan tetapi lesen masih belum dikeluarkan.
Nota: Patutpun sidang media yang sepatutnya diadakan oleh Jamil Khir telah dibatalkan pada saat-saat akhir. Apakah tekanan dari Vinsetan menyebabkan Jamil Khir menerima tempiasnya. Dan amat malang sekali Datuk Jamil Khir Baharom sebagai menteri yang bertanggungjawab pula tidak ada keberanian untuk menegur Najib.BKO
0 comments
Post a Comment