Diambil dari ureka.asia tulisan Mat Saman Kati
Salah strategi. Itu saja yang boleh aku katakan bila PKR Perak membuat sidang akhbar mengumumkan ada tiga ADUN Umno akan menyeberang masuk ke Pakatan.
Dari mula lagi, aku tak harap ada ADUN Umno yang akan menyeberang. Bukan senang nak duduk sebagai pembangkang di Perak. tambahan dari ADUN BN yang sudah biasa dengan kemewahan.
Ketika Ustaz Zul membuat sidang akhbar di Ipoh mengumumkan ada 3 ADUN BN yang nak masuk, aku berada di Tualang Sekah, kenduri kahwin anak sedara aku. (Handphone aku pun kena kebas). Arwah abang ipar aku dulu Ketua Kampong Kota, Tualang sekah. Orang kuat Umno. Dan dalam kenduri kahwin ini, yang ramai datang adalah orang Umno.
Semasa bersembang dengan tetamu, sudah ada bisik-bisik tentang ADUN Malim Nawar yang akan melompat menjadi Bebas. Alasannya adalah kerana mereka dianggap minoriti dalam DAP. Well…dah banyak kali aku dengar alasan ini, sejak mula-mula Pakatan memerintah Perak dulu.
Semalam, Umno Perak mengadakan mesyuarat tergempar di Hotel Impiana (Casuarina) dan semua masalah ADUN-ADUN yang aku sebut dalam posting yang lalu telah diselesaikan.
Untuk menangkis kembali serangan psy-war yang dibuat oleh PKR, Umno Perak telah meningkatkan tawaran kepada 3 ADUN Pakatan untukmelompat menjadi ADUN Bebas. Hari ini, seorang sudah melompat dan dua lagi sedang menunggu masa.
Siapa mereka?
Sorang dari DAP dan seorang lagi dari PKR. Bukan Melayu dan bukan Cina. Siapa mereka..seorang dari Ipoh dan seorang lagi dari Hilir Perak. Aku tak mau sebut siapa mereka…tapi kalau PKR dan DAP tak mau jaga ADUN depa, tunggu saja masa mereka mengumumkannya.
Patutkah aku ketawakan mereka?
PKR Prak tu la...
Bukan 2 atau 3, mungkin semua ADUN PKR dan DAP akan keluar PR.
Yang tinggal PAS, peneraju utama PR.
kenapa sebelum PRK12 dan menang...& menjadi ADUN.. buat songeh pulak....sebelum tu..tak pula nak keluar parti...Tak puas hati la kunun.Pandai tak boleh di ikut, Bodoh tak makan dek ajar.. grammmmm
Betul tu.. cikgu pencen.. dan Perak diterajui oleh Parti Bebas.
Bukan salah strategi...
Tapi strategi yang bodoh...
Apa nak buat.. dah ketua2 dalam PKR ni memang bodoh dalam strategi politik... belum apa2 dah heboh satu dunia. Bila tak jadi, sendiri malu terpalit tahi. Lepas tu hanya tahu salahkan Umno UBN.
Anwar.. hang tak serik2 lagi ka dok buat kerja bodoh macam ni... macam hang punya projek 16 september dulu, belum jadi apa2 dah heboh satu dunia. Ini dok buat lagi kerja macam tu... orang belum beralih lagi dah buat sidang akhbar, heboh satu dunia. Alih2 kena muka sendiri. Ini akibatnya bila hang dok pilih orang yang tak tahu berpolitik, yang hanya tahu gembar gembur satu dunia, tapi tak tau buat kerja. Lain kali kalau main Poker, dapat daun cantek, jangan heboh.. dok diam2 ... bila sampai masa yang tepat, baru turunkan.
Kalau macam ni punya strategi.. usahkan Putrajaya hang nak tawan, yang dok ada pun hilang satu persatu. Najib jugak yang bijak,... dia dok diam2... dapat tawan satu2 askar PR... bravo Najib.