http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

DS Nizar Letak Jawatan Presiden Pafa

Posted by Love Perak | Monday, June 14, 2010 | 0 comments »

Ipoh 14 Jun – Setelah mendengar banyak spekulasi daripada pelbagai pihak akhirnya Dato’ Seri Nizar meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden PAFA berkuat-kuasa serta merta mulai hari ini. Setelah hampir setahun setengah meneraju pengurusan PAFA, beliau akhirnya meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada pengurusan yang lain untuk mentadbir persatuan berprestij ini ke era yang lebih baik.

Beliau meletakkan jawatan selepas menghadiri mensyuarat bulanan ahli majlis tertinggi PAFA yang membincangkan tentang persembahan pasukan bola sepak Perak di SUKMA baru-baru ini. Antara yang turut meletakkan Jawatan adalah Timbalan Presiden PAFA, Y.B Seah Leong Peng dan pengurus pasukan liga Super Perak Ustaz Nurazli Musa.

Ketika ditanya oleh wartawan, Dato’ seri Nizar tidak menafikan peletakkan jawatan beliau adalah disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak. Namun itu adalah perkara yang normal bagi mana-mana persatuan dan juga mana-mana pemain bola sepak. Beliau menegaskan bahawa pelepasan jawatan ini lebih bersifat memberikan laluan kepada pengurusan lain untuk menguruskan PAFA dengan lebih baik agar pencapai pasukan bola sepak Perak akan lebih baik pada masa yang akan datang.

Skuad Liga Super Perak sekarang berada ditangga ke 12 liga namun nasib Skuad Piala Presiden pula lebih baik iaitu berada ditangga kedua dibelakang Kedah. Semua pemain dan jurulatih kedua-dua skuad kekal seperti sedia kala namun itu terpulang kepada pengurusan yang baru nanti untuk menentukan kontrak mereka.

Diambil dari ureka.asia

0 comments