http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

PR mahu Suruhanjaya Diraja diumum esok !!

Posted by Love Perak | Sunday, July 19, 2009 | 0 comments »

PETALING JAYA: Menjelang upacara pengebumian Teoh Beng Hock esok, Pakatan Rakyat mengadakan "perhimpunan mencari keadilan" di sini petang tadi, sambil meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja segera bagi menyiasat kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Selangor itu.

Siri pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap pada majlis itu yang diadakan di Stadium Petaling Jaya, sejak pukul 4.30 hingga 7 petang, mahu suruhanjaya ditubuhkan dengan segera, jika boleh esok.

Antara yang berucap ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa; Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja esok sebaik pulang ke tanah air dari luar negara.

"Sebagaimana kerajaan pernah lakukan pada 2005 untuk siasat kejadian rakaman gambar bogel suspek ketika berada dalam tahanan polis, yang penubuhan jawatankuasa khas ditubuhkan sebaik sahaja Perdana Menteri (ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi)kembali dari mesyuarat Komanel di Malta, Najib perlu mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja esok," kata beliau dalam ucapannya.

Anaknya, Guan Eng, Khalid dan Husam serta rata-rata kesemua pemimpin menyatakan pendirian serupa.

Husam pula menggesa agar mesyuarat Kabinet khas diadakan esok bagi membincangkan isu berkenaan.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, saranan pelbagai pihak - termasuk kedua-dua pembangkang dan pemimpin kerajaan - akan diteliti dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Pagi tadi, Muhyiddin berkata, kematian Teoh telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wakil-wakil rakyat mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, isu kematian itu dipolitikkan semasa SPRM sedang menjalankan siasatan ke atas Anggota-anggota Dewan Undangan Negeri dari Pakatan berhubung dengan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri yang diagihkan kepada wakil-wakil rakyat. Siasatan ke atas wakil rakyat pembangkang dalam kes penyalahgunaan peruntukan itu mungkin menunjukkan mereka juga tidak lepas daripada melakukan kesilapan, kata Muhyiddin semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Bahagian Tanjung Karang.

Mayat Teoh, 30, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada kirakira 1.30 tengah hari Khamis lepas.

Beliau merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.

0 comments