Oleh kerana 16 September telahpun berlalu, ada dalam kalangan aktivis kita cepat-cepat merumuskan bahawa perubahan kerajaan Persekutuan Malaysia mungkin telah gagal.
Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi (kini Tun) paling tidak selesa dengan tarikh keramat tersebut.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak (kini Perdana Menteri) juga begitu. Nak tahu sebabnya?
Masing-masing bimbang. Bimbang dengan lompatan MP-MP UMNO/BN ke pihak oposisi dalam Parlimen. Bimbang dengan negotiation DSAI dengan beberapa public figure UMNO di luar negara; dan sebagainya.
Media arus perdana elektronik dan akhbar telah mencipta pelbagai persepsi tentang diri DSAI. DSAI ini kembali dianggap ancaman kepada negara, ‘pengkhianat negara’, agen Amerika, Agen Islam Liberal di Malaysia; dan banyak lagi fitnah dihambur ke atas rakyat.
Bukan tidak ada rakyat yang percaya, tetapi majoriti rakyat masih terus yakin dan menunggu apakah inisiatif seterusnya DSAI dalam memastikan masa depan Malaysia hari ini jauh lebih permai berbanding sebelumnya?
Bagi Penulis, inilah salah satu kejayaan DSAI pasca PRU12. DSAI telah berjaya memecahkan paradigma lama rakyat – iaitu menganggap hanya UMNO/BN sahaja mampu memerintah Malaysia.
Jika kuasa politik di peringkat negeri diserahkan kepada pembangkang, bermakna keselamatan dan pembangunan (KESBAN) tidak mungkin terus dipelihara.
Bagi Penulis, DSAI telah melakukan sesuai psychological warfare (psywar) yang paling berbisa kepada UMNO dan BN hari ini.
Sampai hari ini, idea perubahan terus disebut-sebut hatta UMNO sendiri didesak agar segera melakukan perubahan dalamannya.
Penentuan tarikh keramat 16 September telah membuka vacuum baru dalam kalangan rakyat marhaen untuk bersama-sama membincangkan isu perubahan Malaysia.
DSAI telah berjaya mengajak golongan politikus, aktivis sosial, ahli akademia, MAHASISWA, golongan guru, peguam, doktor, konstabal polis, askar, Pak Guard Mak Guard di Universiti, penghulu, ahli JKKK, tukang kebun sekolah, Pak Imam, Tok Siak, tukang gali kubur hatta budak sekolah rendah; untuk sama-sama bercakap dan saling bertanya – jadikah perubahan Malaysia 16 September ini?
Rakyat langsung tidak marah selagi DSAI menunjukkan usaha juang yang konsistan untuk memastikan Malaysia hari esok jauh lebih baik daripada Malaysia hari ini.
Rakyat langsung tidak berkecil hati apabila mendengar DSAI melanjutkan tarikh pembentukan Malaysia Baru ke 20 September; kerana mereka tahu jalan perubahan yang dirintis oleh DSAI bukanlah mudah. Pak Lah, Najib dan beberapa public figure UMNO/BN terlalu kotor politik mereka.
Rakyat langsung tidak terasa ditipu sehingga kini kerana mereka sedang lihat inisiatif DSAI untuk bertemu DYMM YDA, negotiation dengan pihak Tentera dan Polis; agar perubahan Malaysia berlangsung dengan aman dan tiada pertumbahan darah sebagaimana negara-negara di luar sana.
Vacuum baru ini lebih melibatkan rakyat secara jenaka, rasional, ilmiah serta penuh dogmatik.
Hari ini, apabila Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa mengulangi cita-cita dan komitmen PAS untuk bersama-sama membentuk Kerajaan Baru Malaysia klik; Penulis melihat gendang psywar ini harus dipalu semula oleh semua pihak termasuk MAHASISWA Malaysia.
Ini kerana, apabila sampai perubahan ini mula menjadi buah mulut kita ketika bekerja, makan-minum, belajar, berwacana, membaca akhbar, bersukan, menonton wayang, menerima cahaya mata baru, dating, bermimpi dll; waktu ini kita secara semulajadi pasti akan menjadi agen perubahan yang akan menentukan bila pula tarikh revolusi rakyat menolak kepemimpinan UMNO/BN yang kotor serta siapakah yang patut menjadi Perdana Menteri Malaysia?
DSAI, teruslah menentukan tarikh sasaran seterusnya secara komited serta garis-garis tindakan secara objektif yang Saudara mahu rakyat faham, dan yakin, lantas dokong bersama; kerana inisaitif seumpama ini akan terus meluaskan vacuum perbincangan-pemikiran dalam kalangan kami (rakyat marhaen dan Mahasiswa).
Meminjam kata-kata Intelektual Islam, Prof. Dr. Ali Shari’ati:-
Teruskan lah meniup cita-cita perubahan Malaysia kerana cita-cita ini akan mendidik ‘kesedaran’ dalam kalangan rakyat. Perubahan asalnya memang cita-cita.Sesungguhnya kemiskinan yang sama-sama kita hadapi hari ini tidak mampu melahirkan kebangkitan (Revolusi Rakyat), tetapi ‘kesedaran’ terhadap kemiskinan sebenarnya mampu mewujudkan gelombang kebangkitan (P.E.R.U.B.A.H.A.N)…”
Teruskan dengan gelombang tetapi bukan dengan angan angan .... Mantapkan gerakkerja bukan dengan mengharap MP BN melompat kerana orang yang melompat berpotensi besar untuk kembali melompat...Kita ingin kemenangan yang masak yang mampu membawa perubahan bukan kemenangan separa masak yang mungkin akan merugikan