Perlukah berterima kasih pada KDN khusus buat menterinya DS Hishamuddin kerana pembebasan lima tahanan ISA?
Dilaporkan lima tahanan Akta sesat ISA akan dibebaskan hari ini. Kelima lima mereka ditahan kerana dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Sujud syukur kita kehadrat Allah s.w.t. bagi pihak kelima lima keluarga tahanan yang dibebaskan kerana berpeluang beraya bersama keluarga tercinta setelah sekian lama dibelenggu akta kejam ISA. Tetapi pembebasan mereka tidak bermakna rakyat Malaysia keseluruhannya bebas dari cengkaman akta kejam ini. Di Kamunting sana masih ada sembilan lagi tahanan tanpa bicara. Bermakna banyak sel yang dikosongkan dan bakal menanti mangsa seterusnya hasil kerakusan pemegang kuasa.
Hanya pihak KDN dan kerajaan Malaysia saja yang mengetahui apa motifnya pembebasan lima tahanan ISA ini. Disebalik panjatan rasa syukur kita tentunya tertanya tanya apakah ada kaitannya dengan PRK Dun Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.
Apakah ini satu lagi langkah popular bagi memenangi hati rakyat sebagaimana DS Khir dijemput SPRM.
Setiap yang baik perlu dirayakan. Aku akui pembebasan tahanan terutama disaat Aidilfitri dibalik tabir tentulah amat dialu alukan. Tetapi jauh sekali untuk berterima kasih selagi akta kejam ini masih bermaharajalela.
BEBASKAN SEMUA TAHANAN AKTA KEJAM ISA.
MANSUHKAN AKTA KEJAM ISA.
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment