http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Sidang Parlimen Bakal Bermula, Kenapa Takut Dengan Nizar??

Posted by Love Perak | Thursday, September 17, 2009 | 0 comments »

Dewan Rakyat, yang akan bersidang semula pada 19 Okt sehingga 15 Dis ini, dijangka hangat dengan pelbagai isu kontroversi dalam negara pada masa ini, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Namun rakyat parlimen Bukit Gantang berharap DS Nizar diberi peluang untuk berbahas dan berhujah.Kenapa wakil bebas, YB Datuk Ibrahim Ali ,diberi peluang seluas-luasnya."Rakyat parlimen Bukit Gantang,mohon kerusi DS Nizar ditukar berhadapan dengan Tuan Speaker." kata Wan,pengundi Dun Changkat Jering.

"Kerusi DS No 47 terlalu jauh,Tuan Speaker ,tidak nampak"kata Cd.

Pelbagai isu termasuk isu-isu politik dibangkitkan oleh para Anggota Parlimen semasa persidangan,Tuan Speaker diharap bersikap adil untuk semua wakil rakyat.

Menurut Wan Junaidi ,"Dan ini (persidangan) akan jadi lebih menarik lagi selepas ini, kerana terdapat banyak perkara kontroversi seperti PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang), hal kerajaan negeri Perak, pilihan raya kecil serta pindaan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang mungkin menjadi perbincangan,"

Mengenai saman yang difailkan anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, terhadap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Wan Junaidi berkata itu adalah hak Gobind untuk berbuat demikian.

"Tetapi akhirnya mahkamah itu sendiri akan membuat keputusan sama ada keputusan yang dibuat Tan Sri Pandikar dalam dewan itu boleh dibincangkan dalam mahkamah kerana Perlembagaan telah menentukan bahawa Parlimen berkuasa untuk menguruskan peraturan dalaman mereka sendiri," katanya.

Harapan kita,biarlah Mahkamah juga bersikap adil terhadap DS Nizar dan Speaker V. Sivakumar.

0 comments