http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Tahniah Khalid Ibrahim, beri Bonus RM 15, 000 seorang!

Posted by Love Perak | Thursday, September 17, 2009 | 0 comments »

Tan Sri Abdul Khalid bersama barisan pemain pasukan Selangor dalam satu pertemuan di kediaman rasmi April lalu.


PARA pemain skuad Liga Super Selangor pasti tersenyum puas menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini apabila menerima duit raya RM15,000 setiap seorang.

Petang semalam, mereka telah menerima durian runtuh berupa wang tunai berjumlah RM456,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor di atas kejayaan menjuarai Liga Super musim ini.

Kejayaan tersebut sememangnya cukup manis kerana Selangor tidak pernah menjulang trofi Liga Super sejak ia diperkenalkan pada musim 2004.

Ganjaran tersebut telah disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada para pemain dan pegawai pasukan Selangor pada majlis berbuka puasa di kediaman rasminya di Shah Alam.

"Kerajaan negeri telah berbesar hati untuk memberikan ganjaran berjumlah RM456,000 di atas kejayaan pasukan Selangor menjuarai Liga Super musim ini.

"Saya harap para pemain semua terus bersemangat dan mula memberi fokus untuk Selangor menjuarai pula saingan Piala Malaysia musim ini," kata Khalid yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

pulakdah.blogspot.com

0 comments