http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

PERUTUSAN HARI RAYA LOVEPERAK

Posted by Love Perak | Friday, September 18, 2009 | 0 comments »

Selamat Hari Raya Kepada Semua Pembaca dan Seluruh Umat Islam di Seluruh Dunia.

Pertama sekali, LovePerak mohon ampun dan maaf kepada semua pembaca atau sesiapa saja yang pernah tersinggung atau terasa hati...hari raya ni kita 0-0 lah ye....hehehe.

Kedua, kepada puak2 Umno/BN, raya ni kita berbaik-baik la. Ingat!! Raya saja!! lepas raya, perang balik. lawan tetap lawan.

Kepada pemantau yang sedang memantau blog ini, (memang saya tahu blog ini sedang dipantau oleh pihak berkuasa), terima kasih kerana sudi memantau. Raya ni kira setel lah...mintak maap lah kalau ada yang terasa atau marah disebabkan artikel2 dalam blog ini. Saya bukan anti Umno/BN, bukan anti kerajaan, cuma mahukan masa depan anak2 dan cucu2 kita nanti cerah dan berjaya...jika suatu hari nanti pakatan rakyat mengkhianati rakyat seperti apa yang dilakukan bn sekarang...saya tidak teragak2 untuk menghentam pakatan rakyat pula...

Kepada saudara MB Kudeta Zambry Abdool Kadiaq, walaupun blog ini anti dengan anda dan selalu membantai anda, raya ni kira setel lah. lepas raya perang balik sampai bubar dun. selagi tak bubar dun, lawan tetap lawan!!

Akhir sekali, saya menyusun 10 jari memohon ampun kepada semua pihak...rakan2 blogger...penyokong2 pr..penyokong2 bn...dan semua rakyat Malaysia... SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN....

p/s : raya ni kurang update blog, biasalah lepak kat kampung, berukband pun slow je...so 3-4 hari lepas raya baru akan berblogging semula... ;p

0 comments