http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Jeng Jeng Jeng..1Malaysia Tak Sabar Tunggu Esok!! - Nizar News

Posted by Love Perak | Monday, September 28, 2009 | 0 comments »

Esok Umno akan mengumumkan calon yang akan diketengahkan untuk mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang. Sebelum calon yang akan menggalas tanggungjawab berat ini diumumkan, elok rasanya kita membaca apa yang disuarakan oleh para pemimpin Umno mengenai parti mereka..



Tun Mahathir, Bekas presiden Umno "Faktor calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah menjadi sangat penting di Bagan Pinang malah pada pilihan raya umum akan datang.



"Bagi saya, bukan sekadar tempat ini sahaja. Soal seluruh Malaysia, orang nak tahu sama ada kita serius atau pun tidak untuk membasmi gejala politik wang, rasuah dan sebagainya,''



Seterusnya Tun berkata"Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini.




"Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno,"



Ku Li, bekas calon Presiden Umno, menasihatkan Umno supaya mengambil iktibar daripada keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir, dalam memilih calon yang sesuai bagi mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang.



Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, faktor calon memainkan peranan penting dalam pilihan raya tersebut kerana ia menjadi menjadi pertimbangan utama pengundi di kawasan berkenaan.



"Saya percaya akhirnya parti akan pilih calon yang paling sesuai, kita sepatutnya mengambil pengajaran dari pengalaman terdekat ini (Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir)



Kesimpulannya, Kebimbangan Otai Umno ni ada asasnya...Kerana selama ini Umno tidak menjadikan Amanah dan Ketelusan sebagai ciri-ciri dalam pemilihan calon.Tetapi oleh kerana sombong dan tidak mahu muhasabah diri dan parti menyebabkan mereka terkantoi hampir 7 PRK yang lepas.



Seorang veteran umno yang gua kenali menyatakan bahawa susah hendak mencari calon yang benar-benar bersih dari rasuah kerana memang sudah menjadi budaya Umno apabila ada pemilihan Cawangan,Bahagian,Negeri dan Pusat semuanya main duit..dan budaya ini diteruskan dalam setiap PRK,mana mungkin Umno mampu mencari calon yang clean..kenyataan ini perlu diakui oleh ahli Umno.Buat apa kita menutup kudis yang berbau dan telah dihidu oleh masyarakat.



Oleh kerana Umno tidak ada calon yang benar-benar bersih,lantas mereka pulak meracau lalu mengatakan bahawa PAS juga tidak bersih.Mungkin dah takda idea atau kebuntuan dalam pemikiran menjadikan mereka terpaksa melemparkan najis kepada orang lain agar bau busuk tidak hanya terpalit di batang tubuh mereka sahaja...Namun masyarakat kini sedar dan faham Umno bukan lagi parti Dulu,kini dan selamanya..tetapi Parti yang kini semakin reput dan selamanya akan Lenyappp...Tepuk Dada dan Pengundi Bagan Pinang akan menetukannya.



Sendiri Mau Ingat

0 comments