http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Jom kita buat benda ni kat Zambry Kadiaq kah kah kah

Posted by Love Perak | Tuesday, September 15, 2009 | 1 comments »

BAGHDAD - Wartawan Iraq, Muntazer al-Zaidi yang pulang selepas selesai menjalani hukuman penjara kerana membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W Bush, diraikan dengan pelbagai tawaran dan hadiah.

Beliau menerima sebuah rumah empat bilik tidur daripada bekas bosnya manakala hadiah kereta baru dan pelbagai ganjaran lain sedang menanti untuk diserahkan kepadanya.

Antaranya ialah ganjaran menunaikan ibadat haji, wang tunai dan penjagaan kesihatan, lapor saluran televisyen al-Baghdadia.

Seorang warga Iraq yang tinggal di Maghribi bersedia menawarkan anak perempuannya untuk dijadikan isteri kepada Muntazer manakala seorang lagi lelaki mahu menghadiahkan pelana kuda bersadur emas kepadanya.

Satu panggilan yang diterima dari Arab Saudi mengemukakan tawaran berjuta-juta dolar kepada Muntazer semata-mata untuk mendapatkan sepasang kasut yang digunakannya ketika membaling Bush.

Muntazer turut menerima banyak panggilan daripada wanita-wanita yang mahu menjadi isterinya.

Beliau juga pernah merancang untuk membuka sebuah rumah anak yatim selepas keluar penjara.

Agak2 kalau buat kat Zambry dapat banyak ganjaran tak? kalau banyak ganjaran aku nak pi buat la kah kah kah

1 comments

  1. Anonymous // September 15, 2009 at 6:02 PM  

    jgn buat lawak bro..kalung selipar tak abis lg isunya..ha a a..pemuda mic bru cadangkan kalung selipar dah meletup isu ni macam meriam buluh..nazri aziz tentu sengih pencacai umno kutuk kat pemuda mic..nazri aziz bantai tun M dulu pencacai ni sepi je,.ha a a..memang cam kepala lembu depa ni..slamat berbuka