Najib secara terang-terangan berkata Selangor mesti direbut kembali dari Pakatan Rakyat. Bagaimana caranya saya tidak pasti. Mungkin cara yang sama seperti yang mereka lakukan semasa merentap kuasa Kerajaan PR di Perak.
Semua orang tahu bahawa BN sememangnya tiada maruah dan sering membelakangkan undang-undang dalam apa juga tindakannya.
Yang penting mereka mendokong 'aqidah' matlamat menghalalkan cara. Sebab itulah mereka tidak kisah dengan apa juga cara samada halal atau haram asalkan matlamat tercapai. Demokrasi dan Islam ditolak ketepi.
Menariknya kali ini, Najib berusaha keras untuk menumbangkan kerajaan PR di Selangor tetapi pada masa yang sama Anwar pula dilaporkan pernah berjumpa dengan ADUN Terengganu yang tidak puas hati kepada MB Terengganu Ahmad Said. Ada laporan menyebut ADUN tersebut mengugut untuk keluar dari Umno dan menyertai PKR. Ianya tidak mustahil.
Khabarnya 9 orang ADUN BN sedang berkira-kira untuk membuat kejutan. Jika mereka menyertai PKR dan bergabung dengan 8 orang ADUN PAS maka kerajaan PR Terengganu dapat dibentuk.
Namun bagi saya jika ianya menjadi kenyataan kerajaan tersebut pastinya kerajaan yang tidak kukuh dan longgar kerana ianya dianggotai oleh ADUN BN yang tidak puashati terhadap Ahmad Said bukannya tidak suka kepada prinsip dan kebobrokan BN. Bila-bila masa mereka boleh berubah.
Pada firasat saya insyallah Selangor tidak akan terlepas kepada BN. Peristiwa coup de ta di Perak pada bulan Februari yang sudah telah memberi pengajaran kepada negeri-negeri dibawah PR. MB-MB dinegeri PR sepatutnya bersikap proactive dan bersedia menghadapi ancaman parti ketuanan melayu tersebut dengan menyediakan beberapa strategi dan plan A,B dan berikutnya untuk mencantas ancaman dalaman dan kerajaan pusat. Mesti membuat amendment kuasa Speaker dewan negeri supaya ianya "untouchable". Mesti ada kekuatan risikan dikendalikan oleh kerajaan negeri PR untuk merusuh maklumat maklumat rahsia pengambilan kuasa oleh BN-UMNO didalam Jabatan Persekutuan. Perhatian dan gerak geri kakitangan Persekutuan mesti di perhatikan dengan serius dan begitu juga gerak geri kakitangan kerjaan negeri PR yang dianggap sebagai the "Trojan Horse". Oleh yang demikian pendek kata MB dan pentadbiran negeri dibawah PR mestilah memastikan setiap "loop hole" yang cuba dicerobohi oleh BN-UMNO mesti ditutup dan ditampal dengan secepat mungkin. Setiap pergerakan ADUN PR yang bermasalah mesti di follow up closely dan dikawal rapi kerana mereka-mereka inilah yang penyebab dan berpotensi untuk melompat parti. ADUN bermasalah mesti diberikan bimbingan dan motivasi yang cukup.
Kesimpulannya, jika sekiranya pemimpin kerajaan PR bersedia dengan persediaan diatas Insyallah mimpi Najib dan UMNO-BN hanyalah mimpi Mat Jenin atau mimpi disiang hari. Jangan terkejut jika sekiranya pelobi-pelobi untuk mengambil alih kerajaan PR itu datangnya daripada lembaga pengarah syarikat Beer spt Carlsberg & Guiness Stout/Anchorbeer dan kelab lumba kuda di mines Sri Kembangan dimana semuanya ini terletak di negeri Selangor Darul Ehsan. Mereka takut interest mereka di dalam tempat tersebut akan diganggu gugat oleh pentadbiran PR di negeri Selangor Darul Ehsan. Ini cuma pandangan sepintas lalu. Jika ada persediaan yang mantap dan strong shield Insyallah negeri Selangaor akan kekal dibawah PR dan Adun BN di negeri Terengganu akan bersama dengan PR. Wallahuallam. Takbir Allahuakbar.