http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Azmin Ali Kini Blogger

Posted by Love Perak | Monday, September 07, 2009 | 0 comments »

Oleh Saiful Asraf Idris

YB Azmin Ali telah kembali menulis di blognya. Sekarang dengan wajah baru dan menarik. Berikut ialah artikel pertama semasa pelancaran blog YB Azmin Ali yang berwajah baru. Untuk melihat artikel artikel tulisan YB Azmin Ali sila ke laman blog beliau di www.azminali.com

http://azminali.com/?p=141

Politik Kepala Lembu ?

Saya terpanggil untuk membantu memanjangkan kupasan sahabat saya, Dr. Muhammad Nur Manuty berhubung isu kepala lembu yang diusung oleh segelintir manusia upahan yang gagal mengawal nafsu amarah mereka.

Kupasan ini cukup menarik dan mudah difahami bagi mereka yang berpegang teguh kepada tuntutan Al Quran. Saya bersetuju dengan Dr. Muhammad Nur Manuty, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?

Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan oleh Allah SWT di dalam Al Quran yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.” ( Al-An’am: 108 )

Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Usaha UMNO untuk merampas kerajaan Negeri Selangor dengan apa cara sekalipun menuntut semua pihak supaya berhati-hati dan berwaspada.


Dengan kejadian ini, KEADILAN menuntut agar tindakan segera hendaklah diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan provokasi ini. Undang-undang (penal code) yang sedia ada mempunyai ruang untuk maksud ini. Siasatan tegas perlu dibuat without fear or favor ; siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembu), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya ?


KEADILAN memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain.

AZMIN ALI

0 comments