http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

BN Menang Bagan Pinang - Rais Yatim

Posted by Love Perak | Sunday, September 13, 2009 | 0 comments »

JELEBU 13 Sept — Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim melahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan negeri (DUN) Bagan Pinang.



Katanya, walaupun parti itu menerima kritikan tetapi ia telah dapat membangunkan Bagan Pinang dengan para pemimpinnya yang terdahulu telah berbakti kepada masyarakatnya.



“Mungkin ada kritikan tetapi bumi mana yang tidak kena hujan, bumi mana yang tidak retak, tinggal lagi kita harus berkebolehan untuk menangkis dan menghalakan pandangan penyokong kepada yang positif,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Sungai Pertang di sini malam tadi yang turut disertai oleh Pengurus Besar Bernama Hasnul Hassan.



Katanya, pentadbiran dan proses kemajuan serta keprihatinan para pemimpin BN dan Umno di kawasan itu telah menyebabkan parti kerajaan menguasai Bagan Pinang pada pilihanraya lepas.



Beliau yakin kemenangan Umno pada pilihan raya kecil yang akan datang ini berfaktor kepada sumbangan yang dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri atau wakil rakyat Bagan Pinang, Allahyarham Azman Mohd Noor serta perasaan segan penduduknya kepada ketokohan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.



“Jika kita lihat dari segi ketenteraan pula, di kawasan ini kita perolehi sokongan yang kuat,” katanya.



Kemenangan BN di kawasan itu boleh dilihat kepada pola penduduknya yang masih ramai menyokong BN serta imej dan suasana yang diwujudkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui gagasan 1Malaysia.



“Kita dapati rakyat ingin mengetahui dan memberi percubaan lagi supaya BN dapat tempat yang setimpal bagi meneruskan piagam perjuangan BN, dengan itu saya kira rakyat di Bagan Pinang peroleh satu lagi era di mana mereka tidak akan kecewa,” katanya.



Ketika ditanya mengenai Isa Samad sebagai calon, Rais berkata: “Tan Sri Isa boleh diberi percubaan tetapi apa yang penting ialah apabila calon sudah diputuskan jangan ada perbalahan, seperti yang berlaku di Permatang Pasir.



Separuh masanya habis mendebatkan tentang calon, ini seharusnya tidak timbul di Bagan Pinang,” katanya.

0 comments