http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Fitnah Anwar Ibrahim untuk mengelak pelajar2 universiti terpengaruh

Posted by Love Perak | Saturday, September 05, 2009 | 0 comments »

Kolej kediaman Dayasari , 3 Sept 2009, 11.30pm : Orang nombor dua dalam kampus uni. Malaya telah menaburkan fitnah melampau dalam ucapannya sewaktu majlis berbuka puasa di dewan makan kolej kediaman ke-5 atau lebih di kenali dengan kolej kediaman Dayasari.

Menurut maklumat yang di perolehi melalui email , melaporkan bahawa Dato Azaraei Hj Ideris atau nama manjanya “Pak Raie” telah mengeluarkan kenyataan fitnah melampau dengan mengutuk keras pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ahli parlimen Permatang Pauh .

Beliau dalam ucapannya telah berpesan kepada mahasiswa/i yang hadir bahawa Dato seri adalah pengkhianat negara no 1 . Belaiu juga menggesa mereka yang hadir pada majlis tersebut agar tidak terpengaruh dengan apa yang cuba di bawah oleh pihak pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP.

Seperti biasa, dalam ruang ucapan tersebut beliau masih lagi sempat memujuk mahasiswa/i supaya tidak percaya terhadap tohmahan palsu terhadap beliau sebelum ini seperti rasuah , dan sebagainya.

Majlis berbuka puasa ini di dakwa merupakan inisiatif TNC bagi menjernihkan keadaan isu yang berlaku sebelum ini ke atas dirinya. Beliau juga telah melakukan roadshow sebelum ini ke kolej kediaman pertama, kedua dan keempat. Di katakan semua kolej akan di lawatinya untuk meralisasikan “agenda” tersebut.

Dato Azaraie yang sebelum ini mengalami kemalangan jalan raya, kelihatan sudah sembuh, apabila dalam majlis berbuka puasa semalam, keadaan tangannya kembali seperti sediakala.

Dahulu TNC hadir sewaktu majlis perlantikan JIK dan JTK kolej kediaman di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam dalam keadaan tangan berbalut akibat terlibat dalam kemalangan jalanraya

sumber

0 comments