IPOH: Lebih 50 orang penyokong Makkal Sakthi mahu pakatan pembangkang DAPPKRPAS di Perak menghentikan perbuatan yang menimbulkan kekacauan dan keadaan huru-hara kerana situasi itu amat menyusahkan kehidupan rakyat di negeri itu.
Mereka mahu pihak pembangkang memahami keadaan masyarakat di negeri itu yang mahu kehidupan aman dan harmoni tanpa diganggugugat oleh tindakan '[sensor]' pembangkang yang hanya memikirkan kepentingan politik mereka sahaja.
Wakil kumpulan penyokong itu L.S Mahindran berkata sekiranya pembangkang mahu berbuat demikian, mereka perlu menunggu tempoh tiga tahun lagi iaitu ketika pilihan raya umum ke-13 kelak.
"Biarlah rakyat Perak hidup senang. Jangan kacau-kacau lagi, kalau nak kacau tunggulah tiga tahun lagi. Keadaan seperti ini (huru-hara akibat perbuatan pembangkang) memang menyusahkan kehidupan rakyat," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata sebagai rakyat biasa di Perak, mereka menyokong siapa yang membantu mereka iaitu kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan bukan pakatan pembangkang. Katanya sebagai rakyat biasa mereka juga akan mementingkan sokongan kepada pihak kerajaan negeri di bawah Zambry kerana pembangkang hanya mengutamakan kepentingan politik masing-masing.
Kumpulan penyokong Makkal Sakthi itu turut menafikan dakwaan sebuah blog pembangkang yang melabel mereka sebagai samseng yang mendapat habuan untuk mengganggu 'persidangan Dewan Undangan Negeri' pada 2 Sept lepas. BERNAMA
Geng Zambri.. kahkahkah
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment