JAKARTA 10 Sept. — Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengingatkan rakyatnya bahawa tindakan kekerasan ’menyapu bersih’ rakyat Malaysia di sini tidak akan menyelesaikan masalah, malah sebaliknya akan menimbulkan masalah baru.
Beliau berkata, terdapat 1.8 juta rakyat Indonesia yang sedang mencari rezeki dan belajar di Malaysia, yang pasti akan berada dalam kebimbangan sekarang berikutan reaksi berlebihan segelintir rakyat Indonesia menimbulkan sengketa budaya dengan Malaysia.
“Saya menerima SMS dari saudara-saudara kita yang bekerja di Malaysia antara lain bunyinya, ’Pak Presiden tolong masalah yang terjadi dengan Malaysia diselesaikan secara bijak dan arif’,” katanya seperti dipetik sebuah laman web berita tempatan, hari ini.
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment