http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Saya teringat dalam satu ceramah Ustad Ismail Kamus, beliau kata “Babi memang degil, jadi kalau ada yang degil - memang lebih kurang samalah macam tu. Macam babilah tu”



Majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA tengah hari tadi akhirnya menemui persefahaman sementara, apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta.



Khalid terpaksa berbuat demikian tengahari tadi, disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut.



Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut mewakili kerajaan menegaskan “sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil di Shah Alam, semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain.”



Beliau juga menasihatkan segelintir individu yang hadir agar berhenti mencemuh inisiatif kerajaan negeri serta penduduk bukan Islam.



“Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka,” katanya di majlis itu.



Beliau meminta hadirin menghayati potongan ayat al-Quran (108) dari Surah an-An’am yang bermaksud:



“Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.”



Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain.





Cuba perhatikan dalam dua gambar ini sama tak muka MALAUN tajaan parti lahanat yang mendakwa perjuang Melayu dan KONONNYA pertahankan Islam. Engkau perosak imej Islam sebenarnya. Inilah wajah-wajah pencacai dan kutu berahak UMNO haprak….!!!



Woi, kaulah pengkhiana-pengkhianat agama lah! cemuhnya.



Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Azmir.



Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23.



Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu. - Harakah



Tengok gambar mangkok berayun dari bani puaka bernama UMNO. Sekali lagi sebut - MANGKOK BERAYUN DARI BANI PUAKA BERNAMA UMNO. Sudah jelas muka malaun ni buat provokasi dan menghina agama, polis masih buat buta dan tuli. Confirmed hidung Musa Hassan sudah kena cucuk macam lembu hidup. UMNO kata “Ya”, Musa kata “Ya’. UMNO kata “taik”, Musa cakap “taik”. Selagi Musa jadi KPN, selagi itu lah perundangan dicabul.



Kerajaan Rakyat

0 comments