PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapkan 3 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, manakala 11 Oktober hari mengundi. Sumber berita di sini.
Persoalannya, mengapa UMNO/BN sengaja melambatkan dan menangguhkan tarikh pilihanraya hingga di luar bulan Ramadhan? Telah menjadi fitrah atau ketetapan perjuangan batil, taghut dan kafir sudah pastinya akan tewas apabila berdepan dengan pejuangan Islam yang selalunya akan menang dalam pertempuran bila sesuatu perlawanan, pertandingan dan peperangan antara Islam dan Kuffar meletus dalam Bulan Ramadhan. Sebagaimana sirah peperangan yang melibatkan Islam dan kuffar apabila bertembung dalam Bulan Ramadhan, adatnya kemenangan akan berada di pihak Islam seperti Badar Al-Kubra, penaklukan semula Baitul Muqaddis oleh An Nashir Shalahuddin Al Ayubi, kedua-dua Islam memenanginya dengan kemenangan yang besar dan ianya berlaku dalam Bulan Ramadhan.
Jadi, UMNO sebagai parti Abu Lahab mengambil langkah untuk tidak mengadakan pilihanraya dalam Bulan Ramadhan. Pengalaman kekalahan UMNO/BN di Permatang Pasir dengan majoriti ciput, menyedari mereka bahawa perjuangan mereka adalah perjuangan taghut, batil dan bodoh.
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment