1) Pokok Sena (PAS) Mahfuz Omar:
- Baru balik dari Indonesia, beliau tidak menduga kerana pengundian MP tentang Bajet tidak ditetapkan sebelum ini.
Mahfuz ketika dihubungi memaklumkan beliau berada di Jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.2) Hulu Langat (PAS) Che Rosli Che Mat
Selain itu beliau juga memberitahu tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini.
"Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu...saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi.
"Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu," jelas Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.
- Terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi bagi mewakili PAS menggantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat hadir ke program tersebut.
"Saya terima sms (sistem pesanan ringkas) lewat petang, ketika itu saya di Sungai Besi dalam perjalanan ke Hulu Langat.3) Bagan (DAP) Lim Guan Eng:
"(Sebagai) tuan rumah, saya terpaksa hadir suatu majlis Pakatan (demi) menggantikan Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang tidak hadir,"
Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang menuduh beliau cuba lari dari tanggungjawab ekoran kejadian itu.
"Saya bukannya lari tugas," katanya lagi.
- Menyertai rombongan MIDA ke Amerika untuk tujuan mencari pelaburan disana.
4) Puchong (DAP) Gobind Singh:
- Dilarang untuk menghadiri sidang Parlimen.
5) Seputeh (DAP) Teresa Kok:
- Menghadiri Majlis makan malam bersama Sultan Selangor
"Saya telah menghadiri Majlis Makan Malam bersama dengan Sultan Selangor bersama-sama dengan TS Khalid. Telah mendapat persetujuan daripada Sultan Selangor untuk meninggalkan majlis kerana mengetahui pengundian dijalankan di Parlimen. Tetapi belum sempat meninggalkan Istana, pengundian telah habis dijalankan dan BN menang dengan majoriti 1 undi"..6) Bandar Tun Razak (PKR) Abd Khalid Ibrahim
- Menghadiri Majlis makan malam bersama sultan Selangor (sama dnegan Teresa Kok)
7) Kapar (PKR) Manikavasagam:
- Menghadiri sidang Parlimen sebelah pagi tetapi meninggalkan Parlimen pada jam pukul 2 petang kerana dipanggil oleh polis untuk menjalankan siasatan
"Saya telah menghadiri sidang Parlimen sebelah pagi tetapi meninggalkan Parlimen pada jam pukul 2 petang kerana dipanggil oleh polis untuk menjalankan siasatan. Tetapi hanya bermula selepas pukul 9 malam"..8) Gombak (PKR) Azmin Ali:
- Baru saja balik dari Mekah, dan menghidapi selsema, maka tidak dapat menghadiri sidang Parlimen.
9) Tawau (SAPP) Chua Soon Bui:
- Menghadiri perjumpaan parti di Kapit
"Saya dan MP Sepanggar, Enchin Majimbun telah menghadiri perjumpaan parti di Kapit, hanya tiba di Kuala Lumpur pada 15 Dec"..10) Sepanggar (SAPP) Enchin Majimbun @ Eric:
- Menghadiri perjumpaan parti di Kapit (sama dengan Chua Soon Bui)
Sumber, GoMalaysia, Malaysia-Today...
*akan diupdate dari masa ke semasa...
boleh tak potong gaji mp pr yg tak pi malam tu..bagi kat anak2 yatim lagi ada paedah!!