http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Tahniah Pakatan Rakyat Pulau Pinang

Posted by Love Perak | Monday, December 07, 2009 | 1 comments »



Kerajaan Negeri P. Pinang iktiraf penghafaz al Quran

PULAU PINANG, 6 Dis: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus memberi pengiktirafan kepada para penghafaz Al-Quran di negeri ini dengan memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka.

Sejajar dengan itu seminar Huffaz yang telah diadakan di Dewan Sri Pinang baru-baru ini dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) adalah salah satu tindakan kearah pengiktirafan tersebut.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim setakat ini 137 para hafiz dan hafizah telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu cara menghargai sumbangan mereka yang berjaya menghafaz Al Quran di negeri ini.

"Kita juga berhasrat untuk mewujudkan satu keluarga satu huffaz serta usaha kearah ini sedang giat dilaksanakan bagi mencapai aspirasi tersebut."

Dalam pada itu Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut menyokong usaha yang diambil bagi memartabatkan para huffaz ini.

"Kerajaan Negeri memberi pengiktirafan kepada mereka ini adalah kerana kita berkeyakinan golongan seperti ini adalah mereka yang mempunyai komitmen tinggi dan memerlukan disiplin serta keperibadian mulia untuk melaksanakannya.

"Kita juga yakin degan adanya golongan hafiz dan hafizah ini maka masalah sosial dikalangan masyarakat seperti krisis moral, kemungkaran dan pelbagai masalah sosial akan dapat dihindari sebagaimana yang menjadi konsep amalan Kerajaan Negeri kearah 'Amar Makruf Nahi Munkar."

Para huffaz kali ini diberi penghargaan dengan pemberian sijil dan sumbangan sebanyak RM500 setiap orang.

Penghargaan ini telah dimulai sejak kepimpinan Kerajaan Negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat sejak 2008 lagi

Sumber, Harakahdaily

[[ Tahniah dan syabas Pulau Pinang..walaupun sering dituduh kerajaan DAP/PR Pulau Pinang adalah kerajaan anti Islam, anti Melayu, kerajaan perkauman (racist), dan lain2, kerajaan dibawah kepimpinan MB Lim Guan Eng tetap membuktikan ianya hanyalah spekulasi dan tuduhan yang liar dan berniat jahat semata-mata..

Ternyata dakyah2 puak Gerombolan semenjak kerajaan DAP/PR mengambil alih Pulau Pinang, yang antaranya menyatakan, Islam/Melayu Pulau Pinang tidak akan terbela, Islam/Melayu PP akan merempat dinegeri sendiri, akan terhina dan dihina dan lain2 hanyalah fitnah dan hasad semata2..nasib umat Islam dan Melayu disana rupanya jauh lebih baik dan terbela jika dibandingkan dibawah pemerintahan parti kaum Cina Gerakan/BN...

Mungkin pada sangkaan puak gerombolan, penyokong PR khususnya orang Melayu/Islam mudah termakan 'gula-gula' atau 'umpan' pihak bukan Islam untuk menindas Islam dan sebagainya..satu sahaja jawapan penulis.."penulis tidak sebodoh itu, kami bukan sebodoh yang kamu sangkakan"..wallahua'lam..]]

RBPM

1 comments

  1. Anak Sungai Derhaka // December 7, 2009 at 9:31 PM  

    Terima Kasih.. Terima kasih..

    Tapi.. aku bukan kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang... he.. he.. cuma AJK AMK PKR Permatang Pauh saja..