20 Disember, Mambang di Awan - Bertempat di Dewan Tokong Kuan Yin di Mambang di Awan berlangsung satu ceramah isu semasa yang membicarakan isu Jambatan Gantung yang runtuh di SK Kuala Dipang yang mengorbankan 3 nyawa. Ketika itu sedang berlangsung perkhemahan 1Malaysia. Ceramah yang dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Perak, YB V. Sivakumar dan juga ADUN Teja, YB Chan Lee Kang dan YB Dato' Seri Ir Hj Muhammad Nizar Jamaluddin juga menyaksikan kehadiran ketiga-tiga bapa kepada mangsa yang terkorban.
Dalam ceramah tersebut, Dao' Seri Nizar juga mengambil kesempatan menceritakan tentang apa yang berlaku di Parlimen pada 14 Disember yang lepas ketika berlangsung undi untuk meluluskan Belanjawan Negara untuk tahun 2010. Hingga ke saat dan ketika itu pun Umno Barisan National masih mahu melakukan pembohongan dengan sengaja melengah-lengahkan masa untuk mengundi.
"Najib dan Ong Tee Keat bergegas datang dari Hotel Legend ketika undi Pakatan Rakyat sudah melebihi undi kerajaan" kata Dato' Seri Nizar dalam ucapan beliau tersebut.
Tindakan Speaker Dewan yang melantik orang lain untuk menjadi speaker sementara untuk proses undi juga adalah serupa dengan hujah peguam beliau ketika hari pembahasan hujah di Mahkamah Rayuan lebih sebulan yang lepas. Ini sekali gus membuktikan bahawa hujah yang dibuat adalah betul dan Mahkamah sengaja melewatkan keputusan kerana mengikut arahan PM 1Malaysia. Ini sekali gus membuktikan yang mahkamah telah dipergunakan oleh Pimpinan 1Malaysia untuk kepentingan mereka sendiri. http://perakexpress.com/www/
0 comments
Post a Comment