http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

SPR Mengarut

Posted by Love Perak | Thursday, December 31, 2009 | 1 comments »

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan, cadangan SPR hanya membenarkan 3 hari waktu berkempen dan waktu tenang dilanjutkan 24 jam merupakan sesuatu yang mengarut dan tidak berfaedah.


Beliau berkata, cadangan supaya tempoh penamaan calon dilanjutkan selama tiga hari hanya membuang masa dan merugikan. "Ini mengarut dan buang masa. PAS tolak sama sekali cadangan ini," katanya


Selain itu, Salahuddin juga berkata, SPR sepatutnya menumpukan kepada usaha untuk meningkatkan integriti suruhanjaya itu terutamanya dalam isu-isu yang memberi kepentingan kepada rakyat.

"Saya nak nasihatkan kepada SPR supaya fikir perkara-perkara yang lebih besar dan memberi manfaat kepada pengundi...bukannya perkara remeh dan teknikal macam ini.

"Ada banyak isu lain perlu diteliti seperti masalah undi pos, kos perbelanjaan pilihan raya serta mengenai kebebasan media," katanya.


Jelas beliau, isu keselamatan yang dibangkitkan oleh SPR sebenarnya boleh diatasi dengan meningkatkan kerjasama dengan pasukan keselamatan.

Isu berkenaan tidak akan berbangkit sekiranya SPR menyediakan mekanisme yang terancang bagi mengelak berlakunya kekecohan di kalangan penyokong parti pada hari penamaan calon dan anggota polis bertindak lebih adil kepada pembangkang.

1 comments

  1. geli // December 31, 2009 at 6:36 PM  

    kalau itu perangcangan mereka untuk menutup kemaraan PR,dlm pilihanraya akan datang agak berat
    sebelah.Apakata kita cadangkan pada mereka pada hari tersebut juga,jangan ada media atau setesen peyiaran menyalak mencerita prihal pilihanraya.