http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Memimpin perubahan, menjana kemenangan

Posted by Love Perak | Thursday, December 10, 2009 | 0 comments »



KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT - 19 DISEMBER 2009 DI AUDITORIUM MBSA, SHAH ALAM

Pakatan Rakyat dalam iltizam bersama memperkukuh Pakatan Rakyat akan menganjurkan sebuah Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan buat pertama kalinya.

Konvensyen bertujuan untuk membincangkan 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' yang telah dimeterai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ke Konvensyen yang akan dihadiri oleh Perwakilan-Perwakilan yang mewakili Parti-Parti dalam Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

Seramai 1500 Perwakilan dari ketiga-tiga Parti akan berhimpun di Shah Alam bagi menyaksikan detik penting sejarah besar Pakatan Rakyat dan juga rakyat Malaysia secara amnya.

Pembentangan kertas 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' akan disampaikan oleh Pemimpin Utama Pakatan Rakyat semasa Konvensyen tersebut. 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga Parti dan muafakat Pakatan Rakyat.

Sekretariat Pakatan Rakyat sebagai penganjur Konvensyen Pakatan Rakyat kali yang pertama bertemakan “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan” mengumumkan maklumat Konvensyen yang dijadualkan seperti berikut:

Tarikh: 19hb Disember 2009 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi hingga 6 petang

Tempat: Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor (peta lokasi)

Konvensyen Pakatan Rakyat ini juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan Rakyat untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa.

Sekian, terima kasih.


SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT


0 comments