http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Selepas MB Haram, kini Timbalan Menteri Haram

Posted by Love Perak | Sunday, December 27, 2009 | 0 comments »


PPP Anggap Murugiah Timbalan Menteri Haram

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas.

Presiden PPP Datuk M.Kayveas berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukan Murugiah yang enggan melepaskan jawatannya sungguhpun pelantikannya dulu dibuat atas kuota PPP.

"Sekarang ini Murugiah adalah seorang timbalan Menteri yang haram...dia bukan lagi ahli PPP dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadapnya," kata Kayveas kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Krismas anjuran PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Kayveas berkata sebelum ini PPP telah memberi peluang kepada Murugiah untuk mewakili parti dalam kerajaan tetapi beliau telah menggunakan jawatannya dalam kerajaan bagi mencapai cita-cita peribadinya.

Turut menghadiri rumah terbuka itu ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.


0 comments