Semasa saya di KUB Bhd. satu ketika dulu, Kamalia Ibrahim (Senator ketika itu) adalah CEO salah sebuah anak syarikatnya. Kebetulan dia jugalah 'immediate boss' saya.
Di Kuala Kangsar semalam, Kamilia mencabar Mohamed Nazri meletak jawatan sebagai Ketua Whip BN kerana gagal memastikan wakil kerajaan hadir pengundian bagi meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Sementara itu, menurut Mohamed Nazri, beliau tidak pernah mengabaikan tugasnya sebagai menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen.
Mengenai cabaran Kamilia itu, beliau mahu Naib Ketua Wanita UMNO itu menghalakan cabaran tersebut kepada Muhyiddin.
"Saya tidak pasti sama ada Kamilia sedar atau tidak dengan kenyataannya itu. Jawatan Ketua Whip BN bukan menteri yang pegang sebaliknya jawatan tersebut dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri.
Rupanya Kamalia masih tidak berubah sejak dulu. Memang perangai dia gemar mengeluarkan kenyataan atau arahan tanpa membuat 'homework' terlebih dahulu. Justeru ramai yang berperangai seperti inilah KUB yang pada ketika itu mempunyai 62 anak syarikat tetapi hanya 6 sahaja yang mengalirkan dana positif manakala yang lainnya menyedut duit. Kesemua ahli lembaga pengarahnya paling cikai - ketua bahagian umno. Patutpun KUB hancusss.
Kerajaan Rakyat
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment